SELAMAT DATANG

Monday, May 20, 2013

Vitamin C Bantu Robby Sembuh Kanser Darah

 Artikel dipetik dari majalah iSIHAT September 2011

Disahkan menghidap kanser darah peringkat akhir pada Mei 2010 lepas merupakan mimpi ngeri buat Muhammad Zaidi Robby, 31.  Tidak pernah terduga di fikiran aktivis sosial dan juga penyanyi kumpulan Studio Muallaf ini bahawa simpton rambut gugur yang dialami semenjak 10 tahun lalu merupakan petanda awal bahawa dia mengalami penyakit kronik tersebut.  Jelas terbayang di mata ketika itu hanyalah kematian dan hidupnya mula diselubungi takut.

Selain rambut yang mula gugur hingga menjadikan dirinya botak, petanda lain Robby menghidap penyakit tersebut adalah dia mengalami ruam dan kegatalan yang kronik setahun sebelum itu yang membuatkan keseluruhan badannya kering dan menggelupas.  Dia juga semakin sukar fokus kepada pekerjaan kerana terpaksa menggaru hampir setiap masa.  Keadaan menjadi lebih teruk setiap kali dia mengambil makanan seperti ayam dan juga telur.

Dia kemudian dirujuk kepada doktor pakar dan diberikan pelbagai jenis ubatdan juga suntikan namun tiada satu pun yang dapat menyembuhkan penyakit alahan tersebut.  Hinggalah diserang demam panas berpanjangan dan tidak mampu lagi berjalan memaksanya mendapat rawatan di hospital.  Hasil ujian darah pakar mendapati dia bebas dari sebarang penyakit.  Bagi mencari kepastian, pakar menebuk tulang belakng bagi mengambil air sum-sum tulang dan hasil kajian mendapati dia sebenarnya menghidap kanser darah, peringkat akhir.

" Keadaan saya sangat lemah pabila berta badan yang sebelum itu 55kg turun sehingga 48kg.  Muka saya menjadi terlalu pucat dan keseluruhan badan terasa amat sakit terutamanya di bahagian dalaman badan.  Bilangan sel merah juga semakin berkurangan hingga memaksa saya menerima darah dari orang yang tak saya kenali."

" Menerima darah baru tidak semudah yang saya sangka.  Rasanya amat menyakitkan dan badan saya mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri  dengannya.  Ruam yang pernah saya alami dulu juga menjadi semakin teruk selain selera makan yang semakin bertambah."

"Selama dua minggu di hospital doktor melakukan  prosedur menebuk leher kerana uabt dimasukkan melalui bahagian tersebut.  Setiap kali ubat dimasukansaya akan rasa sesak nafas yang amat sangat kerana uabt tersebut akan pergi terus ke bahagian jantung.  Keadaan saya amat lemah dan tidak mampu berjalan hingga untuk bangun dan menguruskan diri juga terpaksa dibantu" ceritanya mengenang peristiwa tersebut.

Sebaik keluar dari hospital, Robby berjumpa seorang doktor di klinik swastabagi mendapatkan suplemen untuk menambah tenaga.  Melihatkan keadaanya yang agak  lemah doktor tersebut mecadangkan dia mengambil Vitamin C bagi menguatkan imuniti tubuhnya.

Atas nasihat doktor, dia perlu mengambil 1000mg Vitamin C setiap hari.  Sebagai alternatif, dia turut berjumpa dengan pakar homeopati dan doktor di sana turut mencadangkan pengambilan Vitamin C bagi mempercepatkan proses penyembuhan selain ubat-ubatan yang dibekalkan oleh hospitalyang sememangnya diyakini dalam menyembuhkan penyakit yang dihidapinya.

Sebulan selepas itu, Robby kembali semula ke hospital di mana dia mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan bacaan sel kansenya semakin berkurangan.  Terkejut dan gembira dengan keputusan tersebut, Robby nekad untuk meneruskan pengambilan Vitamin C kerana yakin ia mampu membantunya dalam menyembuhkan penyakit yang dihidapinya.

" Masuk bulan ke 3. kesihatan saya menunjukkan perkembangan yang semakin positif apabila doktor yang merawat mengesahkan bilangan sel kanser semakin kurang sehinggalah bulan ke 6doktor mengesahkan 70% daripada kanser saya sudah sembuh sedangkan saya langsung tidak menjalani rawatan radioterapi ataupun kemoterapidan kini selepas setahunlebih berlalu, saya disahkan sembuh 98% dari penyakit tersebut."

" Menurut doktor, badan kita tidak mampu menghasilakan Vitamin C semulajadidan sebab itulah kita perlu mengambilnya bagi memberi ketahanan pada tubuh.  Macam saya pula bukanlah jenis orang yang pentingkan pengambilan buah-buahan dan juga sayur sayura, sebab itulah saya perlukan mendapatkan sumber tersebut dari pil. "

"Berdasarkan pengalaman apa yang telahlalui, saya mat yakin bahawa pengambilan Vitamin C ini sebenarnya amat baik untuk kesihatan kita.  Ia umpama pil ajaib untuk keseluruhan tubuh badan dan menentang sevarang jangkitan.

Bayangkan saya yang berada di peringkat akhir juga boleh sembuh, inikan pula fungsinya bagi mencegah pelbagai jenis penyakit yang berbahaya.  Pada pandangan saya juga, Vitamin C yang terbaik adalah yang berbentuk kunyah supaya kita senang untuk menghadamkannya.. " jelas Robby.

Hubungi saya untuk info dan penjimatan
Siti Faridah binti Muda
SID # 932637
013 949 3257 / 019 9010 772 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...