SELAMAT DATANG

Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Sumber Nutrisi Yang Baik untuk OTAK

Penting untuk mengambil semua nutrisi seperti karbohidrat, protien dan lemak yang tidak berlebihan, sayur-sayuran, buah-buahan atau air dalam kadar yang mencukupi.

Amalan pengambilan makanan daripada sumber yang mengandungi lemak Omega 3, antioksidan dan vitamin B membantu untuk menggalakkan fungsi otak berkembang dengan baik.

Kanak-kanak dan orang dewasa perlu mengambil kira setiap hidangan bagi mengelakkan otak menjadi lambat atau pelupa.

Antara nutrisi yang baik untuk kecergasan otak adalah lemak Omega 3.  Otak kita mempunyai 60 peratus lemak dan lemak sangat diperlukan bagi fungsi ingatan, pembelajaran dan pembesaran otak bayi sepanjang kehamilan.

Jesteru, pengambilan lemak yang betul boleh mempengaruhi kesihatan otak, perasaan dan kecemerlangn akademik.  Disebabkan itu, lemak Omega 3 diperlukan untuk perkembangan otak supaya ia dapt berfungsi dengan baik.

Antara contoh lemak yang baik adalah daripada sumber ikan salmon, jenis kekacang seperti badam, walnut, dan pistachio.  Manfaat daripada sumber-sumber ini terdapat dalam susu ibu secara semula jadi.

Makanan tambahan berasaskan minyak ikan yang mengandungi Omega 3 hanya diperlukan jika kita tidak mengambil nutrisi penting ini daripada sumber semula jadi.

Perlu diketahui, pengambilan lemak Omega 3 dalam kadar seimbang dapat membantu mengurangkan risiko terdedah kepada penyakit mental kepada kanak-kanak dan sesiapa sahaja.

Selain lemak Omega 3, pengambilan sumber anti oksidan yang mencukupi juga penting untuk kecergasan otak.  Kandungan anti oksidan yang tinggi boleh didapati di dalam buahan jenis beri.

Namun, ia juga boleh diperoleh daripada teh hijau dan sayuran lain.  Sumber antioksidan membantu melindungi sel otak daripada berlaku kerosakan akibat radikal bebas.

Radikal bebas bukan sahaja menyerang otak, malah ia juga boleh merosakkan sel dalam badan.  Jesteru, antioksidan berfungsi untuk melawan dan meneutralkan kembali sel bagi mengelakkan kerosakan sel pada otak.

Ini kerana kerosakan pada otak tidak boleh digantikan dengan pertumbuhan sel baru, sama seperti individu yang mengalami masalah nyanyuk. 

Pengambilan vitamin B daripada sumber semulajadi juga makanan yang baik untuk otak.  Ia membantu aktiviti dalam otak diproses dengan lebih pantas.

Vitamin B boleh diperoleh daripada sumber makanan seperti daging, beras perang dan produk berasaskan soya termasuk asid folik.

Disebabkan itu, wanita hamil diberikan asid folik untuk mengelakkan masalah neurologi yang berkaitan dengan sistem saraf selain dapat membantu mengelakkan kemurungan dan meningkatkan fungsi kognitif otak.

Mushidah Zakiah Mohad Akran
Pakar Pemakanan
Pusat Perubatan Prince Court

Monday, May 20, 2013

Vitamin C Bantu Robby Sembuh Kanser Darah

 Artikel dipetik dari majalah iSIHAT September 2011

Disahkan menghidap kanser darah peringkat akhir pada Mei 2010 lepas merupakan mimpi ngeri buat Muhammad Zaidi Robby, 31.  Tidak pernah terduga di fikiran aktivis sosial dan juga penyanyi kumpulan Studio Muallaf ini bahawa simpton rambut gugur yang dialami semenjak 10 tahun lalu merupakan petanda awal bahawa dia mengalami penyakit kronik tersebut.  Jelas terbayang di mata ketika itu hanyalah kematian dan hidupnya mula diselubungi takut.

Selain rambut yang mula gugur hingga menjadikan dirinya botak, petanda lain Robby menghidap penyakit tersebut adalah dia mengalami ruam dan kegatalan yang kronik setahun sebelum itu yang membuatkan keseluruhan badannya kering dan menggelupas.  Dia juga semakin sukar fokus kepada pekerjaan kerana terpaksa menggaru hampir setiap masa.  Keadaan menjadi lebih teruk setiap kali dia mengambil makanan seperti ayam dan juga telur.

Dia kemudian dirujuk kepada doktor pakar dan diberikan pelbagai jenis ubatdan juga suntikan namun tiada satu pun yang dapat menyembuhkan penyakit alahan tersebut.  Hinggalah diserang demam panas berpanjangan dan tidak mampu lagi berjalan memaksanya mendapat rawatan di hospital.  Hasil ujian darah pakar mendapati dia bebas dari sebarang penyakit.  Bagi mencari kepastian, pakar menebuk tulang belakng bagi mengambil air sum-sum tulang dan hasil kajian mendapati dia sebenarnya menghidap kanser darah, peringkat akhir.

" Keadaan saya sangat lemah pabila berta badan yang sebelum itu 55kg turun sehingga 48kg.  Muka saya menjadi terlalu pucat dan keseluruhan badan terasa amat sakit terutamanya di bahagian dalaman badan.  Bilangan sel merah juga semakin berkurangan hingga memaksa saya menerima darah dari orang yang tak saya kenali."

" Menerima darah baru tidak semudah yang saya sangka.  Rasanya amat menyakitkan dan badan saya mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri  dengannya.  Ruam yang pernah saya alami dulu juga menjadi semakin teruk selain selera makan yang semakin bertambah."

"Selama dua minggu di hospital doktor melakukan  prosedur menebuk leher kerana uabt dimasukkan melalui bahagian tersebut.  Setiap kali ubat dimasukansaya akan rasa sesak nafas yang amat sangat kerana uabt tersebut akan pergi terus ke bahagian jantung.  Keadaan saya amat lemah dan tidak mampu berjalan hingga untuk bangun dan menguruskan diri juga terpaksa dibantu" ceritanya mengenang peristiwa tersebut.

Sebaik keluar dari hospital, Robby berjumpa seorang doktor di klinik swastabagi mendapatkan suplemen untuk menambah tenaga.  Melihatkan keadaanya yang agak  lemah doktor tersebut mecadangkan dia mengambil Vitamin C bagi menguatkan imuniti tubuhnya.

Atas nasihat doktor, dia perlu mengambil 1000mg Vitamin C setiap hari.  Sebagai alternatif, dia turut berjumpa dengan pakar homeopati dan doktor di sana turut mencadangkan pengambilan Vitamin C bagi mempercepatkan proses penyembuhan selain ubat-ubatan yang dibekalkan oleh hospitalyang sememangnya diyakini dalam menyembuhkan penyakit yang dihidapinya.

Sebulan selepas itu, Robby kembali semula ke hospital di mana dia mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan bacaan sel kansenya semakin berkurangan.  Terkejut dan gembira dengan keputusan tersebut, Robby nekad untuk meneruskan pengambilan Vitamin C kerana yakin ia mampu membantunya dalam menyembuhkan penyakit yang dihidapinya.

" Masuk bulan ke 3. kesihatan saya menunjukkan perkembangan yang semakin positif apabila doktor yang merawat mengesahkan bilangan sel kanser semakin kurang sehinggalah bulan ke 6doktor mengesahkan 70% daripada kanser saya sudah sembuh sedangkan saya langsung tidak menjalani rawatan radioterapi ataupun kemoterapidan kini selepas setahunlebih berlalu, saya disahkan sembuh 98% dari penyakit tersebut."

" Menurut doktor, badan kita tidak mampu menghasilakan Vitamin C semulajadidan sebab itulah kita perlu mengambilnya bagi memberi ketahanan pada tubuh.  Macam saya pula bukanlah jenis orang yang pentingkan pengambilan buah-buahan dan juga sayur sayura, sebab itulah saya perlukan mendapatkan sumber tersebut dari pil. "

"Berdasarkan pengalaman apa yang telahlalui, saya mat yakin bahawa pengambilan Vitamin C ini sebenarnya amat baik untuk kesihatan kita.  Ia umpama pil ajaib untuk keseluruhan tubuh badan dan menentang sevarang jangkitan.

Bayangkan saya yang berada di peringkat akhir juga boleh sembuh, inikan pula fungsinya bagi mencegah pelbagai jenis penyakit yang berbahaya.  Pada pandangan saya juga, Vitamin C yang terbaik adalah yang berbentuk kunyah supaya kita senang untuk menghadamkannya.. " jelas Robby.

Hubungi saya untuk info dan penjimatan
Siti Faridah binti Muda
SID # 932637
013 949 3257 / 019 9010 772 

Monday, April 22, 2013

Vitamin C


Kenapa Shaklee VitaminC berbeza?
  • Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya.
  • Pembebasan Vitamin C ke dalam tubuh secara berperingkat, mampu kekal di dalam badan selama 24 jam.
  • Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid  yang juga dikenali Vitamin C Complex.  Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.




Manfaat Utama
  • Membentuk Kolagen ~ Merangsang pembentukan kolagen.  Kolagen adalah asas sebatian asas otot, tisu, gusi,rangka dan tulang rawan.  Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki  Simpton Pendarahan ~ Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sitem Imun ~ Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih melawan bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit serta athma.  Juga menyingkatkan awktu pemulihan dan mengurangkan sympyom flu dan selsema.
  • Memerangi Kanser ~ Ia adalah satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semula jadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.  Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan kulit ~ Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen.  Pigmen adalah penyebab utama kejadiaan jeragat.
  • Memperbaiki Imsomnia ~ Ia memperbaiki imsomnia, stress, masalah berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat ~ Ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


AMARAN;

  • 1 batang rokok mampu melupus 50 -100mg Vitamin C.
  • Keresahan akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C.
  • Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan Vitamin C dengan banyak.
  • Terlebih dos Vitamin C akan menyebabkan sedikit cirit-birit.


Hubungi
Siti faridah binti Muda
SID #932637
019 9010 772
fb Souq On Line 
page Raudhatul 'Afiah

Sunday, April 21, 2013

Rambut dh x ader kt bilik air



Haa.. ari ni ada testimoni sendiri..biasa la ibu menyusu kalo rambut gugur..saya pun x terkecuali..tapi ada hikmahnya,sbb jd rajin cuci bilik air..hehehe..selang sehari cuci bilik air..sakit mata tengok rambut kt sudut bilik air..
  Hari ni baru perasan, Eh! Dah banyak hari x basuh bilik air,tapi xder rambut pun kt biasa depa lepak..
Hmm,mungkin dh cukup vitamin,akar rambut dh makin kuat..alhamdullillah..

Tak sampai sebulan sy ambik vetalea, B Complex, Lecithin , Vitamin C dan GLA

Hubungi

Siti Faridah binti Muda

SID #932637 
Fb Souq On Line 
Page Raudhatul 'Afiah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...