GempaQ tak tajuk...?
hihi...iyer...memang betul...
kan glemer makanan sunnah skang ni,
makan kurma, makanan sunnah,
makan madu, makanan sunnah...
ambik herbalax?
Tak mau! Bukan makanan sunnah.
Baru-baru ni saya pi cari stok makanan sunnah saya yang dah licin...memang tak best tak makan dia dalam sehari.
minyak zaitun!
Sebelum ni suami jer yang turun, kalo saya turun, memang dengan kedai saya nak bawak balik,
semua nak..lagi satu, bau kedai dia best...macam bau kat mesir jer...mungkin sebab banyak makanan sunnah kut kat kedai dia...
Bila dah masuk kedai, saya jelajah la satu persatu,
ambik jeruk zaitu, cuka kurma, serbuk kayu manis, za'faran, misy-misy(aprikot kering),
dan terpandang daun ini ni...
haa! bukan daun inai, walaupun bau dan rupa sama macam daun inai..
inilah daun Senna, ada dalam kitab tau daun ni..
Ulama' tersohor tak miss daun ni kat umah dia.
Bagus untuk kesihatan usus khasnya, seluruh badan umumnya..
Ni la rupa daun senna tu |
Dah sampai umah, ambik sesudu, buh dalam air panas,baru ler terfikir,
Eh! herbalax pun detox, guna daun ni tak?
terus ambik botol Herbalax dan belek.
Haaa! Tengok, Senna leaf.
daun senna la bahasa melayunya...
meh kita kenalan sikit ngan daun Senna ni..
Sanaa juga disebut sebagai Senna atau bahasa saintifiknya Cassia Angustifolia.
Daripada Asma r.a, Nabi saw pernah bersabda dengan maksudnya, ‘Jika ada penawar pada benda mati nescaya ianya ada pada Sanaa.’ (Hadis riwayat Hakim, Ahmad dan Tarmizi).
Merujuk kepada kenyataan Nabi saw maka ulama silam khususnya yang mendalami dalam bidang perubatan telah mula membuat kajian terhadap Pohon Sanaa. Hasil kajian, didapati pohon Sanaa merupakan penawar yang mujarab terhadap banyak penyakit. Bahkan ianya juga didapati bukan sahaja merawat penyakit malah yang lebih menakjubkan lagi ia merawat punca sesuatu penyakit itu sehingga ke akar umbi.
Lebih menakjubkan lagi, Sanaa bukan sahaja merawat penyakit zahir malah ia juga mampu merawat masalah emosi dan yang berkaitan dengan mental. Yang pasti, Sanaa terkenal sebagai pencahar iaitu dengan melakukan aktiviti mencuci perut yang merupakan tempat dan punca kebanyakan penyakit.
Bahkan Menurut Dr.Sebler, pakar dalam bidang rawatan sembelit : “… kebanyakan ubatan yang dicipta sebagai rawatan sembelit adalah dicampur dengan Sanaa.”
Secara ringkasnya,berdasarkan tulisan ulama dan ahli-ahli perubatan silam seperti Imam Al-Munawwir ketika menyingkap hadis Ummi Haram dan hadis Anas, Al-Imam Ibn Al Qayyim ”Al-Tibb Al-Nabawi”, Al-Allamah Al-Azraq “Tashil Al-Manafi’”, Al-Imam Al-Zahabi “Al-Tibb An-Nabawi”, Ibn Sina “Al-Qanun Fi Al-Tibb”, Daud Al-Antaqi “Al-tazkirah”, Al-Muwaffaq Al-Baghdadi “Al-Arbain Al-Tibbiyyah”, Yusuf Al-Turkuman “Al-Muktamad”, Al-Sultan Al-Asraf dan ramai lagi dari kalangan yang pakar dalam bidang perubatan Islam di zaman silam, dapat disimpulkan bahawa Sanaa adalah penawar pelbagai penyakit. Kata Al-Imam Munawi sehingga tidak terbilang banyaknya.
Berdasarkan kajian ulama silam dan pakar-pakar perubatan moden yang menulis tentang Sanaa seperti Dr Muhammad Ali Al-Bar, Dr Sebler dan lain-lain terhadap Pohon Sanaa, mereka mendapati Sanaa terbukti mampu membantu mengatasi masalah kesihatan seperti berikut :
- Sakit kepala berpanjangan termasuk migrain.
- Kejang urat, sakit / lenguh-lenguh sendi di kaki, lutut bahu dan leher yang menyebabkan badan lesu, letih dan tak bermaya.
- Sembelit dan gejala usus.
- Penyakit kulit yang berpunca daripada darah dan gatal-gatal.
- Batuk, Balgham atau kahak yang keterlaluan.
- Jerawat dan jeragat.Ghout.
- Kemandulan, kanser, darah tinggi kerana sifatnya sebagai pembersih darah, mengenyah toksin serta keracunan dan anti virus.
Masalah Kesihatan Mental dan Emosi
- Murung
- HisteriaSawan / gila babi.
- Stress dan tekanan jiwa.
Hmm...best kan daun ni..
Kandungan paling tinggi dalam Herbalax adalah daun Senna.
Lepas ni tak payah la saya nak rebus dulu daun Senna ni.
Kenapa saya beli daun Senna?
Sebab nak kurus, masa muda-mudi dulu, memang ambik air ni jer, masa tu kan, tak kenal shaklee lagi..
rasa air ni pahit tahap gaban..
sampai tak leh tidur tau duk ulang alik ke tandas..
tapi hasilnya memang superb...
Kenapa Tak ambik Herbalax jer?
Masa beli tu, tak tau lagi dalam herbalax ada Senna,
kan pi kedai tu dengan misi mencari makanan sunnah...
rupanya, detox sunnah dah ada pun kat rumah..hihi
No comments:
Post a Comment