SELAMAT DATANG

Monday, May 13, 2013

Kepentingan susu ibu


Indahnya perintah ALLAH supaya ibu menyusukan anak selama 2 tahun.  Kajian terkini menunjukkan faedah berganda daripada amalan tersebut.


  1. Faedah kepada ibu
  2. Faedah kepada anak
  3. Meningkatkan taraf ekonomi
  4. Mengeratkan kasih sayang
  5. Menempah tiket ke syurga

Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada ibu : 
-membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
-menjarakkan kehamilan secara semulajadi
-mengurangkan risoko kanser payudara, ovary dan uterine
-mengurangkan risiko osteoporosis
-membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin


Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada bayi: 
-    sumber imunisasi pertama bayi
-    mengurangkan masalah elergi dan masalah system penghadaman
-    membekalkan zat dan sumber nutrisi untuk bayi



Meningkatkan taraf ekonomi
-  Bayi yang disusukan dengan susu ibu mempunyai kesihatan yang lebih cemerlang berbanding bayi yang disusukan dengan susu formula. Kan dh kurang kos perubatan.
- Ajaibnya lagi, susu ibu dibekalkan mengikut permintaan, contohnya bayi selsema memerlukan lebih vitamin C, maka kandungan susu tersebut lebih Vitamin C, jika bayi tersebut dehidrasi, maka susu dihasilkan lebih cair.  Jadi jangan rasa kecewa bila melihat susu org lain begini susu kita begitu.  Sebab ALLAH dh bekalkan yang terbaik untuk si manja kita.
-  Harga susu formula mahal, tapi belum sama kualitinya dengan susu ibu, kenapa? Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Susu lembu, mesti lah untuk lembu. Lembu tidak mempunyai akal, jadi dia tidak perlu kepada pembinaan akal.  Lantaran itu, formulasi telah dimasukkan dengan bahan tiruan supaya hampir sama khasiat dengan susu ibu.
Bagaimana susu ibu terhasil / terjadi / terbentuk ?

Dari darah merah yang mengalir dalam pembuluh darah ibu bercampur dengan zat zat makanan dari usus, kemudian diproses di kilang yang amat kecil iaitu kelenjar-kelenjar di payu dara ibu , seterusnya berupaya menghasilkan nutrisi yang sangat hebat sekali.

Secara ringkasnya , Susu ibu terjadi adalah terjadi dengan kuasa ALLAH yang memproses darah merah bersama-sama zat zat makanan . Hebat bukan ? 





Apa pula perbezaan susu ibu dengan susu formula / lembu ?

1- ANTIBODI 
Susu ibu adalah satu-satunya makanan yang ada antibodi. Menghalang jangkitan bakteria dan kuman yang bakal menyerang bayi . Antibodi-antibodi ini terhasil dengan sangat banyak dalam susu ibu teruatama antara hari awal kelahiran . Manfaat yang diterima bayi akan terserlah dari hari ke hari .

2. KASEIN
Dalam susu lembu , akan ada kandungan kasein yang tinggi.  Ia adalah bahan yang dijumpai dalam susu basi yang berketul. Bahan ini akan mengurai kepada partikel-partikel yang besar di dalam perut dan akan menyudahkan penghadaman . Itu akan buat bayi tak selesa dan kembang perut.

3.  KANDUNGAN GULA
Susu ibu mengandungi kandungan gula yang jauh lebih tinggi iaitu 7gm/l berbanding 4.8gm/l dalam susu lembu. Ini sangat penting bagi badan bayi yang mempunyai simpanan gula yang sedikit. Gula membekalkan tenaga dan buat bayi kita .

4. GARAM MINERAL
Susu lembu mempunyai kalsium dan fosforus yang tinggi tapi nisbah tidak stabil dan susah dicerna dengan baik. Dan fosforus yang tinggi akan menyukarkan bayi menyerap kandungan kalsium dengan baik . Ini akan mendedahkan  bayi terdedah dengan risiko  tertentu kerana bayi kekurangan kalsium.

5. ZAT BESI
Susu ibu mengandungi zat besi yang tinggi sebanyak 50%. Oleh kerana susu ibu mengandungi zat besi yang rendah, bayi terdedah kepada penyakit anemia (kekurangan darah)
Dan , kenapa susu ibu ada bila time pregnant / mengandung  je ?

Susu ibu ditentukan sejenis hormon dinamakan prolaktin. Ia dirembes oleh kelenjar pituitari di otak yang akan meransang payudara untuk menghasilkan susu. Semasa mengandung , hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin. Sebaik sahaja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin akan terus meningkat . Peningkatan hormon prolaktin ini seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seorang bayi.


Oleh kerana begitu pentingnya susu ibu, adalah wajar ALLAH perintahkan kita supaya susukan bayi.
Dari mana susu ibu mendapat begitu banyak khasiat.  Dari tubuh kita.  Semakin hari bekalan nutrin semakin menyusut, itulah pengorbanan seorang ibu.  Terima kasih mak!

Untuk memastikan bekalan vitamin, kalsium n lain2 tidak menyusut, saya cadangkan SET MENYUSU mengikut  lazimnya keperluan seorang ibu.

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayinya bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya 





Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ia tidak boleh diperoleh daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.








Protein 
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat sehari. 








Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C[1].  Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.






Vitamin B Kompleks
Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B Kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu. 










Kalsium
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari. 











Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan asid lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan[2] otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung[3] apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD)[4] atau autisme. 








Alfalfa 
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, Kalsium, Zink dan Zat besi. Semua bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu. 




Rundingan dan Penjimatan
Siti Faridah binti Muda
SID #932637
019 9010 772
fb Souq On Line
page Raudhatul 'Afiah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...