SELAMAT DATANG

Wednesday, October 8, 2014

Telur berdiri pada malam gerhana?



Sebagaimana kita dimaklumkan, malam ini akan berlaku gerhana bulan penuh, 
peristiwa bukan lagi suatu yang pelik,
antara tanda-tanda kiamat kecil ialah ;
gerhana bulan / matahari semakin kerap berlaku.

Saya masih ingat, gerhana bulan bulan penuh ini berlaku pada
akhir tahun 2011,
dalam bulan Jun 2011 saya menghadiri kursu Ilmu Falak, satu bidang disiplin yang sangat saya suka..

dan penyampainya adalah pensyarah kegemaran ketika di KUSZA, masa tu saya join Kelab Ilmu Falak, pernah la tengok live Gerhana Bulan di Balai Cerap, Merang.

Sangat indah!

Sebelum berlakunya gerhana pada tahun 2011 tu, beliau dipanggil untuk berbual /memberi pengetahuan melalui satu program sebuah stesen tv.

Apa yang menariknya, beliau mendedahkan telur boleh berdiri tegak pada malam tersebut.
Dan saya buat. Ianya terbukti. Kagum melihat kekuasaan ALLAH. Telur berdiri tegak dengan sendirinya.

Tapi masa tu tak terfikir nak ambik gambar. takjub sesama ahli keluarga jer..
jadi saya google, ini yang saya dapat;-


Eksperimen oleh Mohd Ezli Mashut (lebih kurang jam 10.40 malam ketika Gerhana Bulan Penuh)Experimen ini dilakukan oleh saudara Mohd Ezli Mashut, seorang Journalist. 

Beliau telah melakukan ujian menegakkan telur ayam pada ketika Gerhana Bulan Penuh, menurut beliau ketika ini tarikan graviti amat kuat. Ketika ujikaji dilakukan, iaitu lebih kurang pada Jam 10:40 malam, diberitahu bahawa ketika itu tarikan graviti semakin kuat.

Ianya berlaku kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan sewaktu gerhana yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti ke atas.

Dalam keadaan ini, putih telur dikatakan tertarik ke bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sekaligus mewujudkan keseimbangan.

Prinsip yang sama juga berlaku kepada kejadian pasang surut air laut. Jika dalam keadaan gerhana, di mana bumi, bulan dan matahari berada di dalam satu garisan, maka akan berlakulah air pasang perbani atau disebut juga air pasang besar.

Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.

sumber ; Google
sumber ; google
sumber ; Google
Semasa berlaku gerhana bulan penuh, bulan, bumi dan matahari berada dalam 1 garisan lurus.

Betapa indahnya suasana kejadian alam semula jadi ciptaan ALLAH.

Sebagai seorang Muslim, apa pula yang seharusnya kita lakukan apabila berlaku kejadian gerhana di tempat kita? 

Kita disunatkan mendirikan solat sunat gerhana. Hukumnya sunat muakkad.Sabda Nabi Muhammad s.a.w,

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
 ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksudnya,  “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Solat sunat gerhana dilakukan sepanjang gerhana itu terjadi. Dilakukan dua rakaat, tetapi yang membezakan solat sunat ini dengan solat sunat yang lain iaitu dengan dilakukan dua qiam. dua ruku’ dalam satu rakaat. 

Bunyinya pelik?

Pada rakaat pertama, selepas berniat, macam biasa, baca surah fatihah, dan surah pilihan, kita ruku’.
 Selepas ruku’, biasanya kita i’tidal untuk kita bersujud selepas itu. 

Tetapi apabila kita i’tidal, kita baca surah fatihah dan surah pilihan kali kedua , masih pada rakaat pertama. Susunan secara ringkas seperti ini:- 

  1. Niat dan takbiratul ihram - Niat solat sunat gerhana Bulan:

    أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
    Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

    Niat solat gerhana Matahari:
    أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
    Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
  2. surah Al Fatihah
  3. surah pilihan
  4. ruku’
  5. i’tidal
  6. baca surah fatihah
  7. baca surah pilihan-ruku’
  8. i’tidal
  9. sujud
  10. duduk antara dua sujud
  11. sujud kedua
  12. bangun untuk rakaat kedua
  13. Rakaat kedua ulang seperti di atas (bermula al Fatihah pertama), juga dibuat dua kali fatihah/dua kali ruku’.
Jika dibuat di masjid, atau di surau, sunat diadakah khutbah, selepas solat sunat gerhana, walaupun gerhana telahpun habis.

Dalil disyariatkan Solat sunat gerhana:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.
 Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

 Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana” 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...