SELAMAT DATANG

Showing posts with label B Complex. Show all posts
Showing posts with label B Complex. Show all posts

Monday, December 22, 2014

3 NUTRISI PENTING SEBELUM HAMIL

1. ASID FOLIK
Apabila anda merancang untuk hamil, anda PERLU pastikan diet anda mengandungi asid folik yang mencukupi.

# Kenapa?
Kerana ia adalah keperluan untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah merah semasa hamil.  Apabila kurang pengambilan asid folik, kajian mendapati wujud masalah yang dikenali sebagai neural tube defects iaitu kecacatan otan dan saraf tunjang (spina bifida).

Kecacatan akibat kekurangan asid folic
Malah, ia boleh mengganggu pembentikan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau otak bayi.  Bakal ibu digalakkan untuk mengambil asid folik 3 bulan sebelum hamil.


Buah oren, sayur bayam, asparagus dan jagung mempunyai kandungan tinggi asid folik yang berguna mengelakkan kecacatan pada pertumbuhan awal bayi dalam kandungan.
Jika sukar untuk mendapatkan asid folik yang cukup dari diet seharian, anda boleh mengambil suplimen asid folik.

2. ZINK
Menurut kajian, zink memainkan peranan penting dalam pembentukan janin bagi ibu hamil. Zink berperanan dalam proses kematangan sel serta dalam pertumbuhan awal kehidupan janin serta perkembangan saraf dan kecerdasan mereka pada masa akan datang.
Zink dapat diperoleh daripada daging, ikan, kerang, susu, produk gandum serta kekacang.
3. VITAMIN C
Demi bakal bayi yang sihat, kesihatan mestilah tip top! Vitamin C mampu menguatkan sistem imun anda. Dengan cuaca sekarang, anda mungkin terdedah kepada penyakit berjangkit seperti batuk dan selsema. 
Makanan yang tinggi Vitamin C ialah buah kiwi, brokoli dan strawberi.  Amalkan pengambilan sumber ini setiap hari, seminggu sekali pastinya tidak mencukupi.  Jika tidak mampu memenuhi keperluan Vitamin C melalui diet harian, anda boleh mengambil suplimen Vitamin C!

Tuesday, December 31, 2013

Sumber Nutrisi Yang Baik untuk OTAK

Penting untuk mengambil semua nutrisi seperti karbohidrat, protien dan lemak yang tidak berlebihan, sayur-sayuran, buah-buahan atau air dalam kadar yang mencukupi.

Amalan pengambilan makanan daripada sumber yang mengandungi lemak Omega 3, antioksidan dan vitamin B membantu untuk menggalakkan fungsi otak berkembang dengan baik.

Kanak-kanak dan orang dewasa perlu mengambil kira setiap hidangan bagi mengelakkan otak menjadi lambat atau pelupa.

Antara nutrisi yang baik untuk kecergasan otak adalah lemak Omega 3.  Otak kita mempunyai 60 peratus lemak dan lemak sangat diperlukan bagi fungsi ingatan, pembelajaran dan pembesaran otak bayi sepanjang kehamilan.

Jesteru, pengambilan lemak yang betul boleh mempengaruhi kesihatan otak, perasaan dan kecemerlangn akademik.  Disebabkan itu, lemak Omega 3 diperlukan untuk perkembangan otak supaya ia dapt berfungsi dengan baik.

Antara contoh lemak yang baik adalah daripada sumber ikan salmon, jenis kekacang seperti badam, walnut, dan pistachio.  Manfaat daripada sumber-sumber ini terdapat dalam susu ibu secara semula jadi.

Makanan tambahan berasaskan minyak ikan yang mengandungi Omega 3 hanya diperlukan jika kita tidak mengambil nutrisi penting ini daripada sumber semula jadi.

Perlu diketahui, pengambilan lemak Omega 3 dalam kadar seimbang dapat membantu mengurangkan risiko terdedah kepada penyakit mental kepada kanak-kanak dan sesiapa sahaja.

Selain lemak Omega 3, pengambilan sumber anti oksidan yang mencukupi juga penting untuk kecergasan otak.  Kandungan anti oksidan yang tinggi boleh didapati di dalam buahan jenis beri.

Namun, ia juga boleh diperoleh daripada teh hijau dan sayuran lain.  Sumber antioksidan membantu melindungi sel otak daripada berlaku kerosakan akibat radikal bebas.

Radikal bebas bukan sahaja menyerang otak, malah ia juga boleh merosakkan sel dalam badan.  Jesteru, antioksidan berfungsi untuk melawan dan meneutralkan kembali sel bagi mengelakkan kerosakan sel pada otak.

Ini kerana kerosakan pada otak tidak boleh digantikan dengan pertumbuhan sel baru, sama seperti individu yang mengalami masalah nyanyuk. 

Pengambilan vitamin B daripada sumber semulajadi juga makanan yang baik untuk otak.  Ia membantu aktiviti dalam otak diproses dengan lebih pantas.

Vitamin B boleh diperoleh daripada sumber makanan seperti daging, beras perang dan produk berasaskan soya termasuk asid folik.

Disebabkan itu, wanita hamil diberikan asid folik untuk mengelakkan masalah neurologi yang berkaitan dengan sistem saraf selain dapat membantu mengelakkan kemurungan dan meningkatkan fungsi kognitif otak.

Mushidah Zakiah Mohad Akran
Pakar Pemakanan
Pusat Perubatan Prince Court

Friday, April 26, 2013

Shaklee B Complex


Manfaat Utama
  • Menukar makanan kepada tenaga ~ Membantu penghadaman, menukar lemak,karbihidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.

  • Melawan tekan ~ Memastikan kesihatan saraf fungsi, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan imsomnia.

  • Membantu tumbesaran ~ Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak.  Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Mengurangkan rambut gugur dan beruban ~ Membaiki masalah kulit kepala, kelumumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatanrambut.
  • Baik untuk mata ~ Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian / fokus.

  • Mencegah anemia ~ Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan mabuklaut.

  • Meredakan senggugut ~Baik untuk masalah senggugut ( PMS ). meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ibat hormon dan ubat tahan sakit.

  • Mencegah perlcche ~ Dikenali sebagai rekahan mulut (mouth chilitis, mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.

  • Detoksifikasi ~ Meredakan alahan. 

Apakah kandungan Shaklee B Complex ?

Kenapa mesti Shaklee?

Bagaimana memilih  B Complex yang baik?
  1. Mengandungi semua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA dan kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama.
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  3. Pastikan jurang peratusan niali harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
  4. Elakkan pengambilan B Complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain release).
 Mengapa urin menjadi kekuningan?

Ini merupakan situasi yang normal kerana B Complex mengandungi mengandungi Riboflavin. Riboflavin yang tidak diserap oleh tubuh, dikeluarkan melalui urin.

Hubungi 
Siti Faridah binti Muda
SID # 932637
019 9010 772




Sunday, April 21, 2013

Rambut dh x ader kt bilik air



Haa.. ari ni ada testimoni sendiri..biasa la ibu menyusu kalo rambut gugur..saya pun x terkecuali..tapi ada hikmahnya,sbb jd rajin cuci bilik air..hehehe..selang sehari cuci bilik air..sakit mata tengok rambut kt sudut bilik air..
  Hari ni baru perasan, Eh! Dah banyak hari x basuh bilik air,tapi xder rambut pun kt biasa depa lepak..
Hmm,mungkin dh cukup vitamin,akar rambut dh makin kuat..alhamdullillah..

Tak sampai sebulan sy ambik vetalea, B Complex, Lecithin , Vitamin C dan GLA

Hubungi

Siti Faridah binti Muda

SID #932637 
Fb Souq On Line 
Page Raudhatul 'Afiah

Saturday, April 20, 2013

Hati berlemak


Sumber ; iSIHAT


Bagaimana ia terjadi?
" Ia berlaku  apabila berlakunya perubahan pada enzim hati secara abnormal seterusnya menyebabkan ketidakseimbanganmetabolisma yang menjurus kepada masalah hati berlemak dan tidak mempunyai simpton yang khusus.  Ia lazimnyz terjadi pada mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan apa yang memburukkan lagi keadaan ialah jika seseorang itu menghidap obesiti atau penyakit diabetes."

                      Menurut Dr. Nor Shahidah, kebanyakan pesakit tiadak akan sedar mereka diserang secara perlahan-lahan.  Pemeriksaan biasa tidak akan dapat mengesan kehadiran lemak pada hati kerana ia hanya dapat dikesan dengan ujian ultra bunyi dan diikuti biopsi pada hati yang mengesan kehadiran lemak dan ujian darah juga perlu dilakukan bagi mengetahui paras kolestrol, trigliserida dan fungsi hati serta untuk mengetahui lain-lain punca radang hati. 
                      Namun kajian menunjukkan 50% daripada golongan ini menagdu letih, sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen dan sekiranya keadaan ahti berlarutan daripada steatohepatitis kepada fibrosis,sirosis pesakit akan mengalami masalah seperti busung, pembengkakan hati, demam dan jaundis.

Siapakah yang berisiko?
  • Mereka yang kerap mengambil minuman beralkohol
  • Pesakit obesiti dan diabetes
  • Ibu hamil
  • Mereka yang uabt-uabatan yang berlebihan.
 Kompilasi akibat hati berlemak
  • Hati berlemak biasa (steatosis)
  • Hati berlemak berkaitan keradangan ( steatohepatitis )
  • Hati berlemak berkaitan hati menjadi keras dan berparut (cirrhosis)
  • Barah hari / kegagalan hati berfungsi
Panduan mengurangkan gejala hati berlemak
  • Jangan minum minuman beralkohol.  ALkohol boleh menurunkan kadar metabolisme dan penyingkiran lemak.
  • Amalan pemakanan karbohidrat tinggi seperti beras perang.
  • Amalan pengambilan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang baik untuk selsel hati.  Ini kerana buah-buahan yang tinggi kandungan fruktosa boleh membahyakan individu yang hati berlemak.
  • Amalkan pemakanan seimbang dengan serat yang tinggi.  Obesiti adalah punca paling kerap hati berlemak.  Mereka yang menahan lapar, kekurangan protien yang menyebabkan mereka kekurangan zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh menyebabkan hati berlemak.
  • Melakukan senaman.  Penurunan berta badan beransur-ansur adalah disyorkan. Penurunan berat badan secara mendadak hendaklah dielakkan kerana ia menggalakkan pengumpulan lemak pada hati.
  • Kekerapan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil adalah lebih baik daripada makanan dalam kuantiti yang besar.
  • Pengambilan suplemem seperti Essentiale atau Legalon baik untuk sel hati. 

Tip tingkatkan kesihatan hati
  • Pengambilan suplemen B complex dan dapat Lecithin meningkatkan kesihatan hati dan mempercepatkan masa penyembuhan daripada simptom-simpton yang berkait dengan hepatitis.
  • Kurang pengambilan lemak haiwan, makanan berminyak dan karbohidrat ringkas seperti gula.  Sebaliknya makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Pilih cara memasak seperti kukus, rebus dan panggang.  Air perlu dimasak sebelum minum.
  • Elakkan atau kurangkan minuman beralkohol dan merokok.
  • Elakkan pengambilan kerang dan makanan mudah tercemar bagi mengurangkan risiko penyakit hepatitis.
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari sehari untuk meningkatkan proses penyingkiran toksin daripada badan.

Hubungi;
Siti Faridah binti Muda
SID #932637
019 9010 772
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...