sitizarinah@hmetro.com.my
2010/01/22
RAMAI
wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun
penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan
membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang
berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu
menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya
menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu,
bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran. Perubahan
fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula
beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga
semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan
seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga
akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem
daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya
penglihatan.
Anggur muskat
yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan
kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh
membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. Anggur
muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan
mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada
bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali
ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti
berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam
darah selain melambatkan proses penuaan.Selain anggur muskat,
tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah
elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi
jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah
digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma,
sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang
kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam
sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.
Polygonum cuspidatum sejenis
pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama
seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah.
Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam
produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu
memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan
tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan
tubuh. Akhir sekali lobak
ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang
mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta
mengurangkan risiko penyakit jantung. Jenama produk kesihatan
terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical
Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama
diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Menurut Ketua
Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R
Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.
Kandungan
anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti
membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan.
"Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan
terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.
"Terdapat
empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi
resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix
juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak
mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna
tiruan serta perasa tambahan.Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),"
katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan
memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali
gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian
pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia
adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada
kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum
sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai
untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh
dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan
beberapa minit untuk dilihat hasilnya.
SELAMAT DATANG
Friday, May 3, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment