SELAMAT DATANG

Tuesday, December 31, 2013

Sumber Nutrisi Yang Baik untuk OTAK

Penting untuk mengambil semua nutrisi seperti karbohidrat, protien dan lemak yang tidak berlebihan, sayur-sayuran, buah-buahan atau air dalam kadar yang mencukupi.

Amalan pengambilan makanan daripada sumber yang mengandungi lemak Omega 3, antioksidan dan vitamin B membantu untuk menggalakkan fungsi otak berkembang dengan baik.

Kanak-kanak dan orang dewasa perlu mengambil kira setiap hidangan bagi mengelakkan otak menjadi lambat atau pelupa.

Antara nutrisi yang baik untuk kecergasan otak adalah lemak Omega 3.  Otak kita mempunyai 60 peratus lemak dan lemak sangat diperlukan bagi fungsi ingatan, pembelajaran dan pembesaran otak bayi sepanjang kehamilan.

Jesteru, pengambilan lemak yang betul boleh mempengaruhi kesihatan otak, perasaan dan kecemerlangn akademik.  Disebabkan itu, lemak Omega 3 diperlukan untuk perkembangan otak supaya ia dapt berfungsi dengan baik.

Antara contoh lemak yang baik adalah daripada sumber ikan salmon, jenis kekacang seperti badam, walnut, dan pistachio.  Manfaat daripada sumber-sumber ini terdapat dalam susu ibu secara semula jadi.

Makanan tambahan berasaskan minyak ikan yang mengandungi Omega 3 hanya diperlukan jika kita tidak mengambil nutrisi penting ini daripada sumber semula jadi.

Perlu diketahui, pengambilan lemak Omega 3 dalam kadar seimbang dapat membantu mengurangkan risiko terdedah kepada penyakit mental kepada kanak-kanak dan sesiapa sahaja.

Selain lemak Omega 3, pengambilan sumber anti oksidan yang mencukupi juga penting untuk kecergasan otak.  Kandungan anti oksidan yang tinggi boleh didapati di dalam buahan jenis beri.

Namun, ia juga boleh diperoleh daripada teh hijau dan sayuran lain.  Sumber antioksidan membantu melindungi sel otak daripada berlaku kerosakan akibat radikal bebas.

Radikal bebas bukan sahaja menyerang otak, malah ia juga boleh merosakkan sel dalam badan.  Jesteru, antioksidan berfungsi untuk melawan dan meneutralkan kembali sel bagi mengelakkan kerosakan sel pada otak.

Ini kerana kerosakan pada otak tidak boleh digantikan dengan pertumbuhan sel baru, sama seperti individu yang mengalami masalah nyanyuk. 

Pengambilan vitamin B daripada sumber semulajadi juga makanan yang baik untuk otak.  Ia membantu aktiviti dalam otak diproses dengan lebih pantas.

Vitamin B boleh diperoleh daripada sumber makanan seperti daging, beras perang dan produk berasaskan soya termasuk asid folik.

Disebabkan itu, wanita hamil diberikan asid folik untuk mengelakkan masalah neurologi yang berkaitan dengan sistem saraf selain dapat membantu mengelakkan kemurungan dan meningkatkan fungsi kognitif otak.

Mushidah Zakiah Mohad Akran
Pakar Pemakanan
Pusat Perubatan Prince Court

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...