SELAMAT DATANG

Saturday, April 20, 2013

Hati berlemak


Sumber ; iSIHAT


Bagaimana ia terjadi?
" Ia berlaku  apabila berlakunya perubahan pada enzim hati secara abnormal seterusnya menyebabkan ketidakseimbanganmetabolisma yang menjurus kepada masalah hati berlemak dan tidak mempunyai simpton yang khusus.  Ia lazimnyz terjadi pada mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan apa yang memburukkan lagi keadaan ialah jika seseorang itu menghidap obesiti atau penyakit diabetes."

                      Menurut Dr. Nor Shahidah, kebanyakan pesakit tiadak akan sedar mereka diserang secara perlahan-lahan.  Pemeriksaan biasa tidak akan dapat mengesan kehadiran lemak pada hati kerana ia hanya dapat dikesan dengan ujian ultra bunyi dan diikuti biopsi pada hati yang mengesan kehadiran lemak dan ujian darah juga perlu dilakukan bagi mengetahui paras kolestrol, trigliserida dan fungsi hati serta untuk mengetahui lain-lain punca radang hati. 
                      Namun kajian menunjukkan 50% daripada golongan ini menagdu letih, sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen dan sekiranya keadaan ahti berlarutan daripada steatohepatitis kepada fibrosis,sirosis pesakit akan mengalami masalah seperti busung, pembengkakan hati, demam dan jaundis.

Siapakah yang berisiko?
  • Mereka yang kerap mengambil minuman beralkohol
  • Pesakit obesiti dan diabetes
  • Ibu hamil
  • Mereka yang uabt-uabatan yang berlebihan.
 Kompilasi akibat hati berlemak
  • Hati berlemak biasa (steatosis)
  • Hati berlemak berkaitan keradangan ( steatohepatitis )
  • Hati berlemak berkaitan hati menjadi keras dan berparut (cirrhosis)
  • Barah hari / kegagalan hati berfungsi
Panduan mengurangkan gejala hati berlemak
  • Jangan minum minuman beralkohol.  ALkohol boleh menurunkan kadar metabolisme dan penyingkiran lemak.
  • Amalan pemakanan karbohidrat tinggi seperti beras perang.
  • Amalan pengambilan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang baik untuk selsel hati.  Ini kerana buah-buahan yang tinggi kandungan fruktosa boleh membahyakan individu yang hati berlemak.
  • Amalkan pemakanan seimbang dengan serat yang tinggi.  Obesiti adalah punca paling kerap hati berlemak.  Mereka yang menahan lapar, kekurangan protien yang menyebabkan mereka kekurangan zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh menyebabkan hati berlemak.
  • Melakukan senaman.  Penurunan berta badan beransur-ansur adalah disyorkan. Penurunan berat badan secara mendadak hendaklah dielakkan kerana ia menggalakkan pengumpulan lemak pada hati.
  • Kekerapan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil adalah lebih baik daripada makanan dalam kuantiti yang besar.
  • Pengambilan suplemem seperti Essentiale atau Legalon baik untuk sel hati. 

Tip tingkatkan kesihatan hati
  • Pengambilan suplemen B complex dan dapat Lecithin meningkatkan kesihatan hati dan mempercepatkan masa penyembuhan daripada simptom-simpton yang berkait dengan hepatitis.
  • Kurang pengambilan lemak haiwan, makanan berminyak dan karbohidrat ringkas seperti gula.  Sebaliknya makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Pilih cara memasak seperti kukus, rebus dan panggang.  Air perlu dimasak sebelum minum.
  • Elakkan atau kurangkan minuman beralkohol dan merokok.
  • Elakkan pengambilan kerang dan makanan mudah tercemar bagi mengurangkan risiko penyakit hepatitis.
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari sehari untuk meningkatkan proses penyingkiran toksin daripada badan.

Hubungi;
Siti Faridah binti Muda
SID #932637
019 9010 772

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...