SELAMAT DATANG

Friday, November 22, 2013

Pendarahan GASTROUSUS

Darah di dalam najis akan mencetuskan situasi yang mencemaskan.  darah itu mungkin berasal dari mana-mana bahagian di dalam sistem penghadaman kita.  Jika anda mengalami masalah ini, berjumpalah dengan doktor bagi memastikan punca pendarahan.

PENDARAHAN GASTROUSUS DAN PENYEBABNYA

Punca najis berdarah terdiri daripada beberapa punca. Bermula masalah gastrousus yang tidak serius seperti buasir sehingga keadaan serius seperti barah. 

Pendarahan di bahagian atas saluran gastrousus

Ia melibatkan esofagus, perut dan duodenum.  Jika anda mengalami pendarahan daripada salah satu bahagian ini, darah di dalam najis anda berwarna hita atau warna tar.  Selain itu, anda juga mungkin akan muntah berdarah yang berwarna merah terang, darah beku berwarna gelap atau muntah seperti biji-biji kopi.

Antara puncanya ialah;

Salur Darah yang Abnormal (ANGLODISPLASIA)
Satu keadaan di mana salur darah yang rapuh yang mengakibatkan pendarahan

Ulser Peptik
Luka terbuka di bahagian atas usus kecil atau pelapik perut atau duodenum.  Sebarang pendarahan yang berlaku di esofagus atau perut turut mengakibatkan anda muntah berdarah. Ulser-ulser ini boleh disebabkan oleh jangkitan daripada bakteria yang dipanggil Helicobacter pylori atau penggunaan sesetengah ubat anti radangdalam jangka masa yang panjang atau pengambilan dos yang tinggi.

Walau bagaimanapun, ulser peptik boleh menjadi serius dan menyebabkan risisko anemia, pendarahan yang banyak dan barah perut.  Oleh itu, keadaan ini harus sentiasa diawasi.

Pendarahan di Perut atau Ulser duodenum
Salah satu tanda masalah ini ialah najis berwarna hitam(tar).  ulser duodenum lebih lazim berlaku daripada ulser perut dan kerap kalinya berpunca dari penyalahgunaan alkohol
 
Gastritis ( keradangan pelapik perut) 
Masalah ini berlaku apabila pelapik perut mengalami keradangan, melecet atau terhakis.  Ia boleh berlaku secara tiba-tiba(akut) atau bernasur-ansur(kronik).  Ia mungkin berpunca dari;
  • Penggunaan alkohol yang berlebihan
  • Muntah berlarutan
  • Stress
  • Penggunaan sesetengah ubatan
  • Refluks hempedu
  • Jangkitan
  • Anemia pernisius
Pendarahan di bahagian bawah saluran gastrousus

Ia melibatkan usus besar, rektum dan dubur.  Jika punca pendarahan adalah dari bahagian-bahagain ini, darah pada najis akan berwarna merah terang atau merah tua, menunjukkan bahawa samada darah masih baharu atau lama.  Ia mungkin disebabkan oleh;

Buasir
Penyebab paling lazim, merupakan  satu keadaan di mana vena di saluran dubur membengkak dan seterusnya menyebabakan pendarahan.

Polip kolon atau barah kolon
Kebanyakan polip-polip adalah ketumbuhan bukan barah.  Namun, adakalanya  polip-polip tersebut boleh bertukar menjadi barah.  hampir kesemua barah kolon dan rektum berasal daripada polip.

Divertikulosis
Suatu keadaan di mana saku-saku (divertikular) terbentu akibat tekanan berlebihan yang disebabkan gas, najis atau cecair di tempat-tempat lemah pada dinding usus.

Jangkitan Usus
Boleh mengakibatkan keradangan dan cirit birit berdarah.

Tumor Usus Kecil
Biasanya terjadi di bahagian bawah saluran gastrousus
 
Penyakit radang usus
Merangkumi beberapa penyakit yang menyebabkan usus mengalami keradangan.  Ini mungkin akibat reaksi imun tubuh itu sendiri terhadap ususnya.

Kolitis Berulser
Penyakit yang menyebabkan terjadinya keradangan di lapik usus besar(kolon) dan di rektum; ulser-ulser dan abses-abses kecil terbentuk di dalam kolon atau rektum pesakit dan menyebabkan najis beradrah dan cirit birit.

Sebab-sebab lain najis berwarna hitam

Diet anda juga boleh mempengaruhi warna najis anda.  Najis anda mungkin berwarna hitam jika anda mengambil likouris hitam, plumbum, pil zat besi, ubat-ubatan atau beri biru.  Pengambilan bit dan tomata boleh menjadikan najis anda berwarna kemerah-merahan.

Walau bagaimanapun,  sekiranya anda telah menyisihkan bahan ini daripada diet anda, namun najis anda masih berwarna hitam atau merah, segeralah mendapatkan pemeriksaan perubatan.

Gejala-gejala berkaitan dan rawatan    

Penting untuk kita mengetahui samada terdapat sebarang gejala lain kerana ia membantu doktor menentukan punca sebenar

Contohnya; jika anda jga mengalami sakit di bahagian abdomen, muntah-muntah, sukar bernafas, cirit-birit, pitam dan penurunan berat badan yang mendadak, pastikan anda memberitahu kesemua maklumat terperincikepada doktor anda untuk membantu mendiagnosis keadaan anda dan mencari punca pendarahan.  Jenis rawatan yang diberi bergantung kepada punca dan lokasi pendarahan.

Terdapat beberapa jenis ujian yang mungkin dilakukan untuk mendiagnosis keadaan anda:
  • Endoskopi
  • Kolonoskopi
  • Enteroskopi
  • X-ray abdomen
  • Ambasan nukear dan angiografi
  • Pengimejan radionuklid
  • Laparotomi
Jangan lupa untuk berunding dengan doktor anda bagi mendapatkan maklumat lanjut dan sentiasa dapatkan pemeriksaan perubatan berkala.

Selain itu, anda harus amalkan langkah-langkah pencegahan seperti meningkatkan pengambilan serat dan probiotik yang baik untuk kesihatan penghadaman anda. Menjalani gaya hidup sihat dan aktif juga akan meningkatkan kesihatan penghadaman dan sistem imun anda.

Shaklee turut menawarkan SET KESIHATAN PENGHADAMAN.


Sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat. Sembelit, mulut berbau, najis berbau, mengidam makanan, perut berangin dan kembung adalah masalah penghadaman yang biasa dialami oleh kebanyakan orang.  Sistem penghadaman yang tidak sihat akan mengakibatkan;

✒ Penambahan berat badan
✒ Masalah gastrik
✒ Perut buncit
✒ Kanser usus
✒ Masalah penghadaman
✒ Sistem imun lemah

Set Shaklee Disgestive Health dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman untuk kekal sihat.

Kebaikan:
✔ Melegakan sembelit
✔ Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman
✔ Menyokong kesihatan usus
✔ Membantu menyahtoksin badan
✔ Membantu mengurangkan berat badan
✔ Melegakan perut yang tidak selesa


Pengedar sah Shaklee di kawasan anda
COD Paka, Dungun, Marang, Kuala Terengganu
Penghantaran ke seluruh negara
Siti Faridah binti Muda
013 9493 257 | 019 9010 772

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...