Darah di dalam najis akan mencetuskan situasi yang mencemaskan.
darah itu mungkin berasal dari mana-mana bahagian di dalam sistem
penghadaman kita. Jika anda mengalami masalah ini, berjumpalah dengan
doktor bagi memastikan punca pendarahan.
PENDARAHAN GASTROUSUS DAN PENYEBABNYA
Punca
najis berdarah terdiri daripada beberapa punca. Bermula masalah
gastrousus yang tidak serius seperti buasir sehingga keadaan serius
seperti barah.
Pendarahan di bahagian atas saluran gastrousus
Ia
melibatkan esofagus, perut dan duodenum. Jika anda mengalami
pendarahan daripada salah satu bahagian ini, darah di dalam najis anda
berwarna hita atau warna tar. Selain itu, anda juga mungkin akan muntah
berdarah yang berwarna merah terang, darah beku berwarna gelap atau
muntah seperti biji-biji kopi.
Antara puncanya ialah
;
Salur Darah yang Abnormal (ANGLODISPLASIA)
Satu keadaan di mana salur darah yang rapuh yang mengakibatkan pendarahan
Ulser Peptik
Luka terbuka
di bahagian atas usus kecil atau pelapik perut atau duodenum. Sebarang
pendarahan yang berlaku di esofagus atau perut turut mengakibatkan anda
muntah berdarah. Ulser-ulser ini boleh disebabkan oleh jangkitan
daripada bakteria yang dipanggil Helicobacter pylori atau penggunaan
sesetengah ubat anti radangdalam jangka masa yang panjang atau
pengambilan dos yang tinggi.
Walau bagaimanapun, ulser
peptik boleh menjadi serius dan menyebabkan risisko anemia, pendarahan
yang banyak dan barah perut. Oleh itu, keadaan ini harus sentiasa
diawasi.
Pendarahan di Perut atau Ulser duodenum
Salah
satu tanda masalah ini ialah najis berwarna hitam(tar). ulser duodenum
lebih lazim berlaku daripada ulser perut dan kerap kalinya berpunca
dari penyalahgunaan alkohol
Gastritis ( keradangan pelapik perut)
Masalah
ini berlaku apabila pelapik perut mengalami keradangan, melecet atau
terhakis. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba(akut) atau
bernasur-ansur(kronik). Ia mungkin berpunca dari;
- Penggunaan alkohol yang berlebihan
- Muntah berlarutan
- Stress
- Penggunaan sesetengah ubatan
- Refluks hempedu
- Jangkitan
- Anemia pernisius
Pendarahan di bahagian bawah saluran gastrousus
Ia
melibatkan usus besar, rektum dan dubur. Jika punca pendarahan adalah
dari bahagian-bahagain ini, darah pada najis akan berwarna merah terang
atau merah tua, menunjukkan bahawa samada darah masih baharu atau lama.
Ia mungkin disebabkan oleh;
Buasir
Penyebab paling lazim, merupakan satu keadaan di mana vena di saluran dubur membengkak dan seterusnya menyebabakan pendarahan.
Polip kolon atau barah kolon
Kebanyakan
polip-polip adalah ketumbuhan bukan barah. Namun, adakalanya
polip-polip tersebut boleh bertukar menjadi barah. hampir kesemua barah
kolon dan rektum berasal daripada polip.
Divertikulosis
Suatu keadaan
di mana saku-saku (divertikular) terbentu akibat tekanan berlebihan yang
disebabkan gas, najis atau cecair di tempat-tempat lemah pada dinding
usus.
Jangkitan Usus
Boleh mengakibatkan keradangan dan cirit birit berdarah.
Tumor Usus Kecil
Biasanya terjadi di bahagian bawah saluran gastrousus
Penyakit radang usus
Merangkumi
beberapa penyakit yang menyebabkan usus mengalami keradangan. Ini
mungkin akibat reaksi imun tubuh itu sendiri terhadap ususnya.
Kolitis Berulser
Penyakit
yang menyebabkan terjadinya keradangan di lapik usus besar(kolon) dan
di rektum; ulser-ulser dan abses-abses kecil terbentuk di dalam kolon
atau rektum pesakit dan menyebabkan najis beradrah dan cirit birit.
Sebab-sebab lain najis berwarna hitam
Diet
anda juga boleh mempengaruhi warna najis anda. Najis anda mungkin
berwarna hitam jika anda mengambil likouris hitam, plumbum, pil zat
besi, ubat-ubatan atau beri biru. Pengambilan bit dan tomata boleh
menjadikan najis anda berwarna kemerah-merahan.
Walau bagaimanapun, sekiranya
anda telah menyisihkan bahan ini daripada diet anda, namun najis anda
masih berwarna hitam atau merah, segeralah mendapatkan pemeriksaan
perubatan.
Gejala-gejala berkaitan dan rawatan
Penting untuk kita mengetahui samada terdapat sebarang gejala lain kerana ia membantu doktor menentukan punca sebenar
Contohnya;
jika anda jga mengalami sakit di bahagian abdomen, muntah-muntah, sukar
bernafas, cirit-birit, pitam dan penurunan berat badan yang mendadak,
pastikan anda memberitahu kesemua maklumat terperincikepada doktor anda
untuk membantu mendiagnosis keadaan anda dan mencari punca pendarahan.
Jenis rawatan yang diberi bergantung kepada punca dan lokasi pendarahan.
Terdapat beberapa jenis ujian yang mungkin dilakukan untuk mendiagnosis keadaan anda:
- Endoskopi
- Kolonoskopi
- Enteroskopi
- X-ray abdomen
- Ambasan nukear dan angiografi
- Pengimejan radionuklid
- Laparotomi
Jangan lupa untuk berunding dengan doktor anda bagi mendapatkan
maklumat lanjut dan sentiasa dapatkan pemeriksaan perubatan berkala.
Selain
itu, anda harus amalkan langkah-langkah pencegahan seperti meningkatkan
pengambilan serat dan probiotik yang baik untuk kesihatan penghadaman
anda. Menjalani gaya hidup sihat dan aktif juga akan meningkatkan
kesihatan penghadaman dan sistem imun anda.
Shaklee turut menawarkan
SET KESIHATAN PENGHADAMAN.
Sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat. Sembelit, mulut berbau, najis berbau, mengidam makanan, perut berangin dan kembung adalah masalah penghadaman yang biasa dialami oleh kebanyakan orang. Sistem penghadaman yang tidak sihat akan mengakibatkan;
✒ Penambahan berat badan
✒ Masalah gastrik
✒ Perut buncit
✒ Kanser usus
✒ Masalah penghadaman
✒ Sistem imun lemah
Set Shaklee Disgestive Health dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman untuk kekal sihat.
Kebaikan:
✔ Melegakan sembelit
✔ Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman
✔ Menyokong kesihatan usus
✔ Membantu menyahtoksin badan
✔ Membantu mengurangkan berat badan
✔ Melegakan perut yang tidak selesa
Pengedar sah Shaklee di kawasan anda
COD Paka, Dungun, Marang, Kuala Terengganu
Penghantaran ke seluruh negara
Siti Faridah binti Muda
013 9493 257 | 019 9010 772