SELAMAT DATANG

Monday, December 22, 2014

3 NUTRISI PENTING SEBELUM HAMIL

1. ASID FOLIK
Apabila anda merancang untuk hamil, anda PERLU pastikan diet anda mengandungi asid folik yang mencukupi.

# Kenapa?
Kerana ia adalah keperluan untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah merah semasa hamil.  Apabila kurang pengambilan asid folik, kajian mendapati wujud masalah yang dikenali sebagai neural tube defects iaitu kecacatan otan dan saraf tunjang (spina bifida).

Kecacatan akibat kekurangan asid folic
Malah, ia boleh mengganggu pembentikan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau otak bayi.  Bakal ibu digalakkan untuk mengambil asid folik 3 bulan sebelum hamil.


Buah oren, sayur bayam, asparagus dan jagung mempunyai kandungan tinggi asid folik yang berguna mengelakkan kecacatan pada pertumbuhan awal bayi dalam kandungan.
Jika sukar untuk mendapatkan asid folik yang cukup dari diet seharian, anda boleh mengambil suplimen asid folik.

2. ZINK
Menurut kajian, zink memainkan peranan penting dalam pembentukan janin bagi ibu hamil. Zink berperanan dalam proses kematangan sel serta dalam pertumbuhan awal kehidupan janin serta perkembangan saraf dan kecerdasan mereka pada masa akan datang.
Zink dapat diperoleh daripada daging, ikan, kerang, susu, produk gandum serta kekacang.
3. VITAMIN C
Demi bakal bayi yang sihat, kesihatan mestilah tip top! Vitamin C mampu menguatkan sistem imun anda. Dengan cuaca sekarang, anda mungkin terdedah kepada penyakit berjangkit seperti batuk dan selsema. 
Makanan yang tinggi Vitamin C ialah buah kiwi, brokoli dan strawberi.  Amalkan pengambilan sumber ini setiap hari, seminggu sekali pastinya tidak mencukupi.  Jika tidak mampu memenuhi keperluan Vitamin C melalui diet harian, anda boleh mengambil suplimen Vitamin C!

Wednesday, December 10, 2014

Simptom-simptom Kekurangan Vitamin C

1. Kuku Mudah Patah

Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan kekurangan zat besi, zink dan asid lemak pati atau essential. Sebaik-baiknya, cuba ambil lebih banyak makanan daripada sumber daripada daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh jika kuku sering patah. Biasanya ia disebabkan kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan membiarkan keadaan ini berterusan kerana ia menunjukkan keadaan bahawa anda terkena penyakit tiroid

2. Mata Terasa Kering

Sering kita terasa mata pedih atau kering. Sebenarnya, keadaaan ini disebabkan oleh persekitaran kita dan air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Atasi keadaan ini dengan mengambil vitamin A dan asid lemak pati. Ambil lebih banyak sayuran atau buah-buahan yang berwarna hijau, kuning atau oren.

3. Pecah-pecah Di Bahagian Hujung Mulut

Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat menyebabkan pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya anda mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran berwarna hijau.

4. Bibir Pecah-Pecah

Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu, ia disebabkan kerana kekurangan vitamin B2. Sebaik-baiknya ambil banyak daging dan produk susu.

5. Kulit Merah dan Berminyak

Kemungkinan, anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati. Cuba ambil lebih banyak daging ikan dan kerang.

6. Jerawat

Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak produk haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.

7. Rambut Nipis

Kekurangan zat besi atau zink boleh menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.

8. Kelemumur

Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kotoran. Selain itu, kekurangan vitamin C, zink dan asid lemak essential juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah-buahan seperti limau/ oren, daging, ikan dan produk susu.

9. Mata Merah

Mata yang merah sering dianggap mata yang letih atau akibat debu atau habuk yang masuk ke dalam mata. Namun, mata yang merah juga menandakan bahawa anda kekurangan vitamin A dan B2. Sebaik-baiknya ambil produk susu, daging, buah atau sayuran berwarna oren dan hijau.

10. Luka Lambat Sembuh

Kemungkinan, anda kekurangan zink. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan bersumberkan susu dan kerang untuk mengatasi masalah ini.

Sumber: Mingguan Wanita | Mac 2010

KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH?

Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:

Kulit lebih lembut dan halus;
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

Melancarkan peredaran darah;
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

Meningkatkan kesuburan;
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

Mengurangkan risiko darah tinggi;
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

Mengurangkan tekanan serta tenang;
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

Meningkatkan sel darah putih;
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.
Selamat mencuba & selamat beramal

Thursday, November 13, 2014

Tips Otak Pintar dengan al Quran

~Tips genius~

Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad....

Manusia zaman sekarang, kemudahan merujuk sesuatu itu sangat hebat, misalnya google, sekali klik, keluar macam-macam maklumat. Tapi manusia bukannya semakin pandai, sebaliknya semakin bodoh.

Ini kerana, manusia yang muslim khususnya pada zaman ini, mereka meninggalkan pembacaan Al-Quran...

Anyway, belajar di madrasah dulu, setiap pagi, diwajibkan membaca surah Yassin selepas solat Subuh, kemudian diwajibkan pula untuk membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Setiap 30 hari, akan khatam Al-Quran.

Aktiviti inilah yang paling "tidak disukai" para pelajar, sebab waktu tu sangat mengantuk. Tapi mereka tidak faham, mengapa ulama anjurkan pembacaan Al-Quran selepas Subuh.

PALING KURANG, kita diarahkan Rasulullah untuk baca surah Yassin pada setiap pagi.

Satu lagi, seeloknya, bila kita baca Al-Quran, bacalah surah yang jarang kita baca dan mulakan dengan tertib dari mula hingga khatam. Jika kita hanya baca surah lazim yang kita sudah hafal, otak kita sudah biasa dengan ayat itu dan kadar tenaga yang digunakan otak tu tidaklah sebanyak yang digunakan ketika membaca surah yang belum dihafal.

Rahsia mengapa Rasulullah dan para ulama anjurkan baca Quran pada awal pagi ialah kerana, ketika awal pagi, otak kita masih fresh selepas rehat yang panjang (tidur).

Jadi untuk mengaktifkannya, kita perlu membaca Al-Quran. Hasilnya, terbentuklah para pelajar madrasah yang genius, boleh menghafal matan-matan Arab, hafal ribuan Hadith, hafal Quran, hafal perbahasan ulama, mampu membaca kitab Arab tanpa baris dengan lancar dan sebagainya yang saya kira agak mustahil untuk dikecapi oleh pelajar akademik sekular (melainkan mereka juga amalkan rutin yang sama).

Note 2: Lazimkan pembacaan Al-Quran beramai-ramai dengan suami/isteri dan anak-anak SETIAP PAGI. Berjemaah lebih bagus sebab kita rasa lebih bersemangat dan kebarangkalian untuk istiqamah itu lebih tinggi.

Ini silibus pertama HOME SCHOOLING yang diajar oleh Rasulullah.

Note 3: Bacalah Al-Quran kerana Allah, bukan sebab nak jadi genius. Sebelum baca quran, takafur dulu 10 saat sambil niat dalam hati, "Ya Allah, aku cintakan engkau, aku baca quran ni semata-mata untuk engkau, untuk cinta ini, dan terimalah bacaanku."

Orang yang baca quran niat nak jadi genius sahaja, dia akan dapat genius, tapi dia tak dapat pahala.

Tapi orang yang baca quran kerana Allah, genius dapat, pahala pun dapat. CINTA Allah pun dapat.

Jadi bijaklah "berbisnes" dengan Allah.

Friday, November 7, 2014

My diet journey

Hihi...boleh ker tajuk tu...

Tak kisah la...
Asalkan impian ku tercapai..

Sebab tadi timbang tak bergerak, lunch kena strict..
Makan ni jer....

Sebelum makan ni, dah telan 3 biji lecithin....

Kita tengok result dia 2minggu lagi...

Friday, October 24, 2014

Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun

Assalamualaikum. ..
Jumuah yang barakah,
Hiasi dengan  selawat,
Semoga kita mendapat syafaat baginda nabi..

Hari ni akhir tahun hijri, kita disunatkan supaya membaca doa akhir tahun selepas asar..


Bermulanya maghrib, masuk la tahun baru..

Haa! Ada orang pegang fahaman, masa ni buku amalan kita ditukar baru,
Buku lama ditutup dan diangkat naik..

Sebenarnya, buku amalan kita ditukar setiap kali penghujung siang dan penghujung malam..
bermula siang iaitu subuh, setiap amal perbuatan kita dicatat, hingga akhir siang Iiaitu asar, malaikat menutup buku dan membawanya naik,
Bukak buku baru untuk bermulanya malam iaitu asar sehingganya berakhirnya malam pada waktu subuh..

Maknanya buku amalan kita ditukar 2kali dalam masa 24 jam..

Muharram, bulan pertama dalam kalendar Hijri, Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).



Ok, lepas maghrib, kita digalakkan membaca doa awal tahun,
semoga perjalanan kita Lancar dan diberkati,
penghujung hidup kita dalam dalam husnul khatimah..


Apa saya nak buat hari ini?
Hari ni, kami ada acara keluarga, buat di rumah mentua,
Bacaan yassin pada jam 6 petang, diikuti doa akhir tahun,
Solat maghrib, solat hajat, doa akhir tahun.

Lepas tu?
mesti la ada makan2..hihi
potluck jer..pakat bawak sikit sorang..

Lepas akan ada entry mengenai amalan yang disunatkan sepanjang muharram..

Benarkah kitab amalan ditukar pada setiap akhir tahun Hijri?

Setiap adanya peristiwa dalam bulan Hijri, pasti akan tersebar pesanan supaya saling mengingati dengan ganjaran-ganjaran tertentu.

Benarkah?

Mari kita lihat waktu-waktu kitab amalan di tutup dan dibentangkan yang berdasarkan dalil.

》》 Hadis-hadis yang sahih / thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:

1. Setiap hari (setiap pagi dan petang).

2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)

3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Sya'ban. -Hadis yang tidak sahih juga banyak berkisar tentang nisfu Sya'ban-)

 

Hadis-hadis sahih / thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

 

✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:

"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yang menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat-malaikat itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba-hamba-Nya:

{Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba-hamba-Ku itu?}

Jawab para malaikat: 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'

[Sahih al-Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar].

Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.

 

✅2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا "

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Amalan-amalan manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."

[Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan].

 

✅3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)

عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.

Usamah bin Zaid ra meriwayatkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'

Jawab Rasulullah s.a.w, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa." [Musnad Imam Ahmad No. 21753 - Hadis Hasan]

Thursday, October 16, 2014

BAHANA SOYA

SOYA MEMBAHAYAKAN..

Meh nak share.. ni kisah 2 permata hati saya.. yang sebelah kiri tu Amsyar yang kanan Khaulah.. Masa saya mengandungkan Amsyar.. ade laa orang kata.. eh nak baby putih minum soya banyak2.. masa tu 7tahun dahulu.. masa tu facebook xde lagi.. Ilmu pun saya x banyak lagi.. Rakan2 sebaya yang preggy pun x ramai..

So oleh kerana nak sangat anak putih maka ku pun gigih laa minum soya.. Ini memang gigih tahap dewa ye.. sebab sampaikan kami beli sendiri kacang soya tu berkilo-kilo simpan kat rumah.. dan suami saya en Maleq Boontarts adalah insan bertanggungjawab dalam hal ini. Setiap minggu dia akan mengerjakan kacang2 soya tersebut untuk dijadikan air.. dia dok rendam perah blender n masak.. haaa sampai macam tu ok.. sepanjang mengandung Tu.. boleh dikatakan kat rumah kami ni memang x akan putus dengan stok air soya homemade.. Sampaikan kalau ada tetamu datang time tu.. memang air soya laa hidangannya..

Nak dijadikan cerita.. amsyar lahir memang putih.. memang melepak laa masa lahir tu.. so kira misi berjaya..!! Hahahaha.. tapi rupanya panas x sampai ke petang.. Amsyar mempunyai masalah ruam yang amat teruk.. serius teruk.. kulitnya terlalu sensitif.. dia juga kerap kene selsema n bila besar sedikit dia diserang asma.. dush..!! Masa tu saya tak tahu yang semua ni berpunca dari soya..

Sehinggalah satu hari.. saya ke pakar kulit n doc tu menerangkan pada saya.. Serius kulit amsyar sangat sensitif.. berabuk sikit habis muka badan dia semua.. g pakar x yah cakap laa.. memang berhabis dah duit nak cari penawar kulit dia.. start dari tu Saya insaf.. start dari tu bila mengandung anak kedua n ketiga saya memang x sentuh langsung ok soya.. gila FOBIA..!!

Tapi berbeza bila saya mengandungkan anak keempat.. masa tu saya dah jatuh cinta dengan shaklee dan produk yang memang x boleh nak dilepaskan dari saya tentunya ESP dari shaklee.. ESP ni soya ok uols.. saya memang x boleh x amik ESP.. saya rasa hidup saya macam x lengkap.. saya yakin n nekad.. saya consume je ESP macam biase sepanjag mengandung..

Alhamdulillah.. baby yang keluar cerah n sihat.. dapat extra GEBU lagi.. kalau banding amsyar dulu KECUT je.. hahahaha.. dan hari ini baby hampir dua bulan.. saya amat bersyukur.. kulit dia bersih.. tiada maslah ruam dan sebagainya.. Now saya teruskan mengambil ESP sepanjang menyusukan dia.. dan kesannya amat memuaskan hati saya..

Yup soya bukan makanan sunah uols.. Tapi ingat.. soya x haram ok..!! apa pun kalau kita ambil secara berlebihan akan memudaratkan diri.. so ambil sesuatu dengan ilmu..

Dan saya terlalu yakin SOYA SHAKLEE amat selamat dan berkesan.. kenapa saya kata begitu..?? Yelah sebab i dah rasa perbezaan soya biasa dan shaklee.. thanks Allah.. thanks Shaklee..
ESP MEMANG BEST..!!

Nota:-
Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

#Testimoni Master Zura Betty

Tuesday, October 14, 2014

RESEPI ESP yang segar

ESP Kiwi Blended
-----------------

1. 1 biji kiwi
2. 1 1/2 scoop ESP
3. 1 sudu madu
4. 300 ml air

Blend semua bahan di atas sehingga sebati.
Sedia untuk dihidangkan.

Tips:-
Sejuk bekukan kiwi terlebih dahulu, supaya hasilnya sejuk dingin tanpa menggunakan ais.

Cubalah, gerenti sedap...♥♥♥

#ESP
#ESPeffect
#Shakleeeffect
#Shaklee di Dungun

013 949 3257
Farid Dahlia

Mengapa perlu minum air lemon pada waktu pagi?




Memulakan dengan air lemon suam mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan.  Tip sihat telahpun diamalkan di kalangan pengamal Ayuverda sejak lama dahulu.  Teruskan bacaan anda untuk mengetahui manfaat minum air lemon pada waktu pagi 

1. MEMBANTU PENGHADAMAN
Air suam bukan merangsang saluran penghadaman, tetapi lemon dipercayai mengaktifkan dan membersihkan hati.  Ia juga menyingkirkan asid penghadaman dalam proses menghadamkan makanan dan menyingkirkan bahan buangan.

2. MENYOKONG SISTEM IMUN
Buah-buahan sitrus seperti lemon kaya vitamin C dan asid Askorbik.  Vitamin C membantu menentang selsema.  Manakal asid askorbik membantu penyerapan zat besi yang juga memainkan peranan penting dalam Fungsi sistem imun.

3. MENGALKALIKAN TUBUH
Jika tubuh anda berdepan keseimbangan pH yang kronik, bermakna penyakit akan mudah menyerang.  Walaupun lemon bersifat asid, ia mempunyai keupayaan untuk mengalkalikan yang tinggi selain cara terbaik untuk memastikan keseimbangan pH tubuh berada pada paras sepatutnya terutama jika diet anda kaya daging, keju dan/atau alkohol.


4. MEMBANTU DETOKSIFIKASI
Air lemon ialah diuretik semula jadi, yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair bersama toksin.  Asid sitrik yang terkandung di dalamnya membantu memaksimakan enzim yang merangsang hati.

5. PEMBERI TENAGA
Ramai yang mengaku berjaya melupakan kopi dengan mudah selepas beberapa hari minum air lemon.  Kombinasi air dan lemon membantu hidrasi dan meningkatkan paras oksigen dalam darah, memberikan anda rasa hebat.

6. MENCANTIKKAN KULIT
Dehidrasi yang kronik boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam.  Jadi, mulakan hari anda dengan langkah bijak dengan meminum air lemon.  Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit sihat dan sebagai antioksida bagi mencegah penuaan.

Waahh!! Dengan langkah muda, anda kekal sihat dan cantik.


SUSAH nak telan masam2 pada waktu pagi,
k.Dah cuma ambik 2biji vitamin C jer..manfaat yang sama..

Saturday, October 11, 2014

HERBALAX Shaklee makanan SUNNAH?

GempaQ tak tajuk...?
hihi...iyer...memang betul...
kan glemer makanan sunnah skang ni,
makan kurma, makanan sunnah,
makan madu, makanan sunnah...

ambik herbalax?
Tak mau! Bukan makanan sunnah.

Baru-baru ni saya pi cari stok makanan sunnah saya yang dah licin...memang tak best tak makan dia dalam sehari.
minyak zaitun!

Sebelum ni suami jer yang turun, kalo saya turun, memang dengan kedai saya nak bawak balik,
semua nak..lagi satu, bau kedai dia best...macam bau kat mesir jer...mungkin sebab banyak makanan sunnah kut kat kedai dia...

Bila dah masuk kedai, saya jelajah la satu persatu,

Wednesday, October 8, 2014

Telur berdiri pada malam gerhana?



Sebagaimana kita dimaklumkan, malam ini akan berlaku gerhana bulan penuh, 
peristiwa bukan lagi suatu yang pelik,
antara tanda-tanda kiamat kecil ialah ;
gerhana bulan / matahari semakin kerap berlaku.

Saya masih ingat, gerhana bulan bulan penuh ini berlaku pada

Friday, October 3, 2014

AWAS! Hadis palsu sempena Hari Arafah

انتشر هذا الحديث المحرف ..

( يوم عرفة ترفع جميع آلآعمآل إلى آلله مآ عدآ ''آلمتخآصمين'' )

هذا حديث محرف. ؤلا يوجد نص كهذا ،، 
-------------------------------------------------

فـــ #النصوص_الصحيحه

(*) قال عليه الصلاة والسلام
(" إن الأعمال ترفع يوم الاثنين والخميس ، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم ")
صححه الألباني في صحيح إلجامعه برقم 1583

(*) ؤقال عليه الصلاة والسلام ؛- 
(" إن أعمال بني آدم تعرض كل خميس ليلة الجمعة فلا يقبل عمل قاطع رحم ") 
حسنه الألباني في صحيح الترغيب برقم 2538

(*) ؤقال أيضا ( تعرض الأعمال في كل يوم خميس واثنين : فيغفر اللَّـه عز وجل في ذلك اليوم لكل أمرئ لا يشرك باللَّـه شيئاً 
إلا أمرأً كانت بينه وبين أخيه شحناء ، فيقال ،، اركوا هذين حتى يصطلحا ، اركوا هذين حتى يصطلحا ) #اركوا بالراء الساكنة وضم الكاف والهمزة في أوله وصل أي أخروا .
رواه مسلم في صحيحه برقم 2565

------------------------------------------------- 
(*) وارجو من الأخوة المحبين للخير التأكد من صحة ماينشرون ، لأن النبي صلى اللَّـه عليه وسلم يقول (كفى بالمرء كذباً أن يحدث بكل ما سمع). رواه مسلم
Telah tersebar sebuah hadis palsu yang menyatakan bahawa NABI SAW bersabda:

“Diangkat segala amalan kepada Allah pada hari Arafah melainkan orang yang saling bergaduh.”

Apabila diteliti, hadis di atas palsu tetapi pengajaran-pengajarannya terdapat dalam hadis-hadis yang sahih. Antaranya;

(1) Amalan diangkat pada hari Isnin dan Khamis, aku adalah orang yang suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa.
- HR At-Tirmizi: 747, Sahih.

(2) Amalan keturunan Adam akan dibentangkan pada setiap hari Khamis malam Jumaat. Tetapi tidak diterima amalan orang yang memutuskan silaturahim.
- HR Ahmad: 10272, Hasan.

(3) Dibentangkan segala amalan pada setiap hari Khamis dan Isnin. Lalu Allah mengampunkan setiap orang yang tidak mensyirikkan Allah pada hari itu. Melainkan seseorang yang terdapat permusuhan antara dia dan saudaranya. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai, Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai.”

- HR Muslim: 2565. Sahih

Set Penjagaan Kulit Nutri White

1. Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15

Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

Bakal haji dan hajah yang comel

Comel, kan..?
Kecik2 dah berihram bagai...

Alhamdulillah, semoga impian mereka menjadi kenyataan..
menjadi TETAMU ALLAH di usi semuda mungkin...

Anak kecil ibarat kain putih,
Ibu bapalah yang mencorakkan nya,
Abstrakkah, batikkah, panoramakah, 

Atau hanya tumpahan cat yang kotor,
tanpa sebarang seni di situ..

Thursday, October 2, 2014

Catatan sempena kenaikan harga minyak.

RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN - SAIFUL NANG

Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah). 

Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup. 

Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri. 

Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi...rumah saya ada air" (lalu ketawa). 

Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun. 

Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?

Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar. 

Turunlah Datuk Seri, Turunlah....

Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya. 

Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial. 

Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURKAH, MALAYSIA SUDAH MAJU".

Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataakn memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp....babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula. 

Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda. Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini. Sekarang surat khabar dan TV sudah bukan sumber doktrinisasi kerajaan lagi, kami boleh dengar terus dari suara rakyat di sebelah sana juga sebelah sini tanpa perlu mereka menjadi pemberita. 

Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela. 

Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan". 

Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah sarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan. 

Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama. 

Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju. 

Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit. 

Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan....secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.

Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja. 

Bertimbang taralah... 

Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga. 

Pentadbiran Datuk Seri terlampau mahal dan sesuap makanan Datuk Seri ialah sebaldi peluh marhaen. Bil Elektrik Datuk Seri setahun boleh menghantar 50 orang anak-anak Marhaen menjadi doktor yang tidak berhutang dengan PTPTN. Mungkin juga jika benar desas desus akan beg tangan Datin Seri yang mahal itu, untuk setiap satu beg tangan itu bernilai lebih dari pendapatan seumur hidup beberapa orang marhaen. 

Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara. 

Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN. MALAYSIA BELUM MAJU. 

SAIFUL NANG
Orang Marhaen

//nota tambah : Datuk Seri kalau baca, saya nak ingatkan haritu ada minta nak jumpa Datuk Seri tanpa pelobi-pelobi projek seperti di Jibby & Co dulu. Saya bersama sekumpulan marhaen yang sudah buktikan kebahagian dan kemakmuran negara tidak bermodalkan duit sangat. Datuk Seri boleh menang majoriti 2/3 pun kalau cepat tahu caranya. Tapi tu lah...kami ni Marhaen kan, lama dah minta jumpa tak dapat-dapat juga. Saya pun tak suka jadi keyboard warrior berdegar-degar di laman sosial jika dapat berdepan dan berhadap. 

///saya bukan orang politik. Saya bukan benci Datuk Seri, bukan juga benci kerajaan dan tidak juga penyokong Anwar Ibrahim jauh sekali bernadikan PERKASA...tetapi saya menulis sebagai MARHAEN MALAYSIA.

Aku rela jadi bodoh dari kalian

Kita bising minyak naik Rm0.20
bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan
kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...

Kita bising sebab janji tak serupa
bikin.

Kita bising sebab kesiankan rakyat
marhaen.

Memang kita berduit.

Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk
terkontang kanting.

Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun
kwsp.Kerjanya keluar pagi balik
dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah
persis pujangga metropolis?

Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka
yang berharta.

Sembang kalian sembang orang
yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang
facebook pun tiada.

Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana
muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd
mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka
sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak
berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk
menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.

Aku rela jadi bodoh dari
kalian.

Kerana aku taknak hilang
perikemanusiaan.

Wednesday, October 1, 2014

Minyak naik 20 sen, bersediakah?!

Are We Ready...??!!

★Beli minyak 20 liter sebelum pukul 12 tengah malam
= RM2.10 × 20 liter
= RM42

★Beli minyak 20 liter selepas pukul 12 tengah malam (02 Oktober)
= RM2.30 × 20 liter
= RM46 (Beza RM4.00 setiap isian)

★ Beli minyak 20 liter pada 01 April 2015
= RM2.30 × 20 liter
= RM46 + 6% GST
= RM48.75 (Beza RM6.75 setiap isian)

Monday, September 29, 2014

berBALOIkah keUNTUNGan semata-mata?


Dalam duk bersembang dengan kawan-kawan sebelum zohor, tercerita yang k.Dah ni ambik Shaklee..
Kebetulan kawan ni preggy, cadang la ngan dia,jom la try shaklee utk preggy ni..

"Dah makan dah K.Dah, mak pun makan, berak cair, sampai hijau yang kuwar. Mak siap minum air garam"

"Eh! Ambik aper tu?"

" Lupa dah, beli kat farmasi la...makgout, dia kata cuci darah, gizi seimbang, untuk tulang, semua la ada dalam tu"

" Kalo GOUT, biasa K.Dah cadang Omega, Alfalfa..." tak sempat abis ayat,

"ha!! Alfalfa, alfalfa tu la...tak nak makan dah...tak daya nak gi tandas"

"Hihi..ambik berapa biji, 10 biji?" dah boleh agak dah kenapa cirit..

"Ha..yer la...ambik 10 biji, farmasi tu suh makan 10 biji. Lepas makan, mak terus berak-berak..mak tanya kenapa ni...saya pun try makan, pun sama..nak nangis kalo ingat balik..
Mak tak nak makan lagi dah..mak nak jaga budak-budak..orang mintak tolong mak ajaga anak depa, tak jadi kerja kalo asyik ke tandas jer"

K.Dah gelak jer...bukan tak simpati..
Tapi dia dah terkena..
bukan salah Alfalfa, tapi salah diberitahu cara makan..

"Kalo K.Dah, K.Dah cadangkan ambik 2biji jer dulu, selepas 3 hari, ambik 3 biji, selepas 3 hari, ambik 4 biji, sehingga jumpa dos yang sesuai dengan tubuh kita. Asalkan tidak melebihi 10biji sehari"

"Ok, nanti nak bagitau mak"

'Sambung la makan, rugi la..alfalfa tu bagus, cara makan jer kena tukar sikit"

##################


Nampak tak kesan bila hanya ingin JUAL, tapi tak pedulikan kesannya kepada orang ramai.
Kesan NEGATIF;
  1. Sepatutnya pengguna mendapat nilai kesihatan yang lebih baik, tetap[i mereka tidak akan mendapatnya
  2. Memberi imej buruk kepada syarikat, pengguna menjadi serik untuk menggunakan produk itu lagi.
  3. Tiada nilai kebajikan dalam amalan, kerana hanya mengejar keuntungan semata.

Saya pengedar sah Shaklee,
Sentiasa komited menambah ilmu mengenai produk,
Sentiasa bersemangat ingin membantu untuk memperbaiki kesihatan,
Sentiasa ingin menambah nilai kehidupan diri dan orang lain.

Siti Faridah binti Muda
013 949 3257

Saturday, September 27, 2014

Nilai Dunia

Ini adalah gambar yang diambil secara langsung dr atas, unta ini di padang gurun ketika matahari terbenam. Ia dianggap sebagai salah satu gambar yang terbaik tahun ini oleh National Geographic. Lihat dengan teliti, unta adalah garis-garis putih yang kecil dalam gambar. Hitam yang anda lihat hanyalah bayang-bayang !!

Besarkan gambar.

Teringat pengajaran seorang murabbi,

Dunia ibarat bayang-bayang yang tidak bernilai..

Hari ini ku fahami katanya.

Antara realiti dan bayang-bayang, size bayang-besar kelihatan lebih menonjol dari objek asal.

Bayangkan bayang-bayang dunia yang ingin kita peluk,
Bayangkan nilai bayang-bayang..KOSONG.

Itulah yang kita kejar hari demi hari..

Friday, September 26, 2014

Berbakti kepada ibu bapa

Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan.Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yg dibawanya tak berupaya berjalan.

Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya."Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi,tak ada anak ka?Soal saya memula bicara.

"Isteri dah meninggal.Anak dah kerja dan dah kahwin,tinggal berasing.Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak,memberi alasan,atau menghantar dg masam perasaan.Biarlah saya upah teksi."Dia diam sejenak.Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.

"Sekarang saya sedar,kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya.Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."Dia mula mengesat air mata.
"Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pd seorang anak,inikan mula menolak,memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu.Biarlah,saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka.Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu."

Allahuakbar!.Saya pula yg menitis air mata

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya.Bukan tak pernah menolak permintaan ayah,bukan pernah memberi alasan utk tidak menunai permintaannya,bukan tak pernah bermasam muka dgnya.Ya.Allah.Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya,tetapi melakukan lebih lagi dg mengelak anak anak terjerumus dosa.

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua.Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui,akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yg terlupa,yg teralpa bila sibuk mengejar dunia,ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta memerlukan kasih sayang dengan dunia yg perlu dihambat.Bapa yg baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yg saya ceritakan,sehingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

Rabbil figrli waliwa lidayya war'hamhuma kama robbayana soghiro.
C &P
Like & Share

Ya ALLAH,
Jangan ENGKAU jauhkan ibu bapaku dari pandangan RAHMATMU,

Ya ALLAH,
Berikan aku kesempatan menunaikan tanggung jawabku terhadap ibu bapaku,

Ya ALLAH,
Jangan ENGKAU palingkan hatiku dari terus menyintai mereka yang telah mengorbankan hidup mereka demi melihatku berjaya...

Aameen..

MASKER dari bahan di dapur

Masker:

1. 1/2 sudu teh Madu + 1 sedu teh telur putih + 1/2 sudu teh ESP, letak dalam 1 bekas

2. Gaul sebati, oleskan masker pada muka dengan 2 jari sahaja, jari hantu dan jari manis
Pastikan guna tangan yg betul pada bahagian muka yang betul,
Tangan kanan untuk muka sebelah kanan, tangan kiri untuk muka sebelah kiri.

JANGAN guna satu tangan sahaja untuk kedua-dua belah muka.Tindakan ini boleh menyebabkan kulit anda menjadi kusam.

3. Tunggu sehingga kering, bersihkan sebaiknya. Anda dapat lihat liang pori muka kecil. Semakin kecil pori anda, anda tampil semakin gebu.

4. Amalkan 3 kali seminggu.

Mudahkan?

Hanya guna bahan yang telah tersedia di dapur, anda telah menjimatkan bajet SPA anda!

#kalo buat terlebih, saya pakai jer masker ni 3,4 kali sehari..hihi

Thursday, September 25, 2014

Kicap guna botol ARAK??

Kicap yang berlabelkan Hak Kerajaan mula menjadi viral pengguna aplikasi What's App.
Rata-rata mereka berkongsi kisah botol kicap yang hangat ni..

Kicap ini merupakan keluaran khas untuk angkatan tentera.
Kicap ini menjadi perhatian kerana menggunakan botol yang terpahat jenama arak terkenal CARLSBERG.

Saya turut bertanyakan hal ini dengan beberapa orang sahabat yang merupakan anggota tentera,
Mereka sendiri tidak pernah melihat jenama Sofia's ini..

Jika benar sebagaimana yang kita lihat,
Pembekal sangat tidak mengambil kira sensitiviti anggota tentera yang beragama Islam..
Sangat menyedihkan...

Botol tersebut tidak bersalah atau haram digunakan sebagaimana dakwaan sesetengah blogger,
Cuma sangat tidak manis jika botol arak dilihat di rumah seorang Muslim.

Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya dari pihak berkuasa..

Wednesday, September 24, 2014

Uniform Muslim Krew MAS

Tahniah buat MAS, yang membuat penampilan berbeza untuk jemaah haji,

Semoga akan bermula titik tolak ke arah perubahan yang lebih baik.

Kejadian2 malang yang berlaku bukanlah kebetulan semata,
Tapi ada PERANCANGnya,

Dengan mengikut apa sahaja arahan dariNYA,
Semoga kita terhindar dari segala mara bencana,
Dan hidup kita sentiasa dipayungi RahmatNYA.

Monday, September 22, 2014

Cara bakar kalori

Wahh! Syok tak tengok kek ni..

Dapat 1 slice pun cukup la..rasa sejuk jer kat tekak, syok syok for cheese cake!!

Anggaran kalori untuk sekeping cotton cheese cake lebih kurang 400kcal..

Aiyark!! Banyak tu..

Untuk bakar kalori ni,
Anda ada beberapa pilihan..

Jogging selama 40 minit

Berlari anak mix berjalan selama 50minit

Skipping  500 kali

PALING BEST!!
TABATA HIT selama 10 hingga 20minit akan membakar 800 hingga 1000kcal!

Jadi, anda boleh nikmati makanan kegemaran anda tanpa risau lagi,
Bakar kalori yang telah di ambil dengan cara yang anda senang...

Jom! Makan dengan ilmu untuk SIHAT

Friday, July 25, 2014

DOA SEPANJANG TAHUN

Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, (JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati). Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mengalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
##################

Jom beramal, walaupun dalam doanya ada mengenai lailatul qadar, tak salah kita buat permintaan sepanjang tahun, kan?

peserta sukan berlatih bertahun2 agar terpilih ke acara hebat,

begitu jika nahukan BONUS paling hebat, sudah tentu memerlukan latihan sangat hebat...

SUMBER

Wednesday, July 23, 2014

TEMBIKAI = ELEKTROLIT

TEMBIKAI = ELEKTROLIT

Tembikai terdiri daripada 92% air dan elektrolit. Justeru, ia membantu kita mengurangkan masalah kekurangan air terutama ketika tubuh banyak berpeluh atau berpuasa.

Buah ini mengandungi potasium yang menyingkirkan unsur toksik dari tubuh di samping mengurangkan peratusan asid urik dalam darah.

Biarpun manis, ia rendah kalori manakala kandungan airnya pula tinggi lantas membantu mereka yang mahu mengurangkan berat badan.

Jadi, jika terasa ingin menguyah kuih manis yang kebanyakannya tinggi kalori itu, bertukarlah kepada tembikai yang membekalkan khasiat serta air untuk tubuh..

haa! tapi buah tembikai cepat rosak selepas di potong,
apa pilihan yang saya ada?!

saya memastikan PERFOMANCE Drink sentiasa ada di dapur saya.
mudah, cepat, sihat dan selamat..

Tuesday, July 22, 2014

TESTIMONI VIVIX

testimoni yang membantu mengurangkan beberapa masalah..
mahal?!
barang baik, kan..
hasilnya pun TERBAEEKK..
cepat, dh nak habis promo ni...
013 9r9 3257

Wednesday, July 2, 2014

PUASA DAN MENYUSU

Kerisauan ibu-ibu yang  menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja. Pelbagai persoalan bermain di kepala sebelum kedatangan bulan Ramadhan. 

Bolehkah saya berpuasa?
Adakah susu saya akan berkurangan?
Nak makan apa untuk berbuka da bersahur?

Adakah anda juga ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut. Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:

✒ Disiplin waktu makan
----------------------------
Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur. 

✒ Kurma,kurma,kurma
---------------------------
Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu. 

✒ Makanan seimbang dan suplemen
-------------------------------------------
Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak.  Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan supleman untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu. 
✒ Minum banyak air
------------------------
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu. 
✒ Bertenang dan yakin
---------------------------
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah. 
✒ Kerap menyusu dan mengepam
----------------------------------------
Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...