SELAMAT DATANG

Sunday, March 9, 2014

MITOS PENYUSUAN SUSU IBU

MITOS 1
~~~~~~~
Bagi memastikan bayi mendapat air yang cukup, ibu perlu juga memberi bayi mereka air masak selain menyusukan mereka.

FAKTA ♥
-------
Bagi bayi yang normal dilahirkan dengan mempunyai simpanan air yang cukup dalam tubuhnya bagi memastikan mereka tidak terhidrat sehinggalah susu ibu diberikan.  Susu ibu pula, mampu berubah suhunya mengikut cuaca supaya ia mampu menghilangkan dahaga pada bayi seterusnya mengenyangkan mereka.  Untuk mengetahui samada bayi anda mengalami dehidrasi atau tidak, perhatikan keadaan urin yang dihasilkannya. Jika mereka sudah mengeluarkan antara enam hingga lapan liter urin, maksudnya susu yang diberi mencukupi.

MITOS 2
~~~~~~~
Saya perlu mengurut perlahan puting terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi.

FAKTA♥
-------
Payudara seorang wanita memang telah dicipta secara semulajadi bagi tujuan menyusukan bayi.  Oleh sebab itu, tiada urutan yang diperlukan malah perlakuan tersebut boleh mengakibatkan kesakitan pada puting anda.

MITOS 3
~~~~~~~
Saya mesti menggunakan kedua-dua belah payudara setiap kali menyusukan bayi.

FAKTA ♥
--------
Keadaan ini mungkin memberi kelebihan pada anda kerana ia akan mengimbangkan payudara.  Jika bayi anda belum selesai menyusu, dan kemudian tukar ke sebelah lagi, bimbang pula bayi tidak mendapat khasiat yang sepenuhnya.  Cuba biarkan bayi anda menyusu di sebelah payudara terlebih dahulu dan menyusu di sebelah lain pada waktu yang lain pula.

MITOS 4
~~~~~~~
Banyaknya susu anda bergantung pada saiz payudara anda.

FAKTA ♥
--------
Kenyataan di atas salah sama sekali. Jumlah susu yang dihasilkan langsung tidak dipengaruhi oleh size payudara.  Dengan usaha yang betul dan berterusan, penghasilan susu ibu boleh sentiasa dilipat gandakan.

MITOS 5
~~~~~~~
Bayi yang menyusu di dalam botol sahaja yang berisiko mengalami kembung perut manakala yang menyusu badan tidak kembong.

FAKTA ♥
--------
Malangnya, mana-mana bayi yang menyusu badan tidak terhindar daripada gejala kembung.  Namun pada kebiasaannya, bayi yang menyusu badan ini, susunya lebih mudah dihadamkan berbanding susu formula.  Ibu-ibu yang menyusukan bayinya juga perlu menjaga pemakanan dengan baik bagi mengelakkan anak-anak kembung.

MITOS 6
~~~~~~~
Apabila anda sudah kembali bekerja, anda boleh berhenti memberikan susu badan pada bayi.

FAKTA ♥
--------
Tidak sama sekali.  Anda mestilah menyusui bayi anda secara terus pada sebelah pagi dan malam.  Malahan, semasa bekerja, anda boleh mengambil masa sewaktu rehat dengan mengepam susu bagi tujuan simpanan untuk waktu siangnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...