SELAMAT DATANG

Sunday, February 9, 2014

Ubat Dan Suplimen

Assalamualaikum...
Apa khabar...lamanya tak bersiaran...
Mutakhir ini, para doktor rancak mengutuk syarikt suplimen..
Seolahnya kehdiran suplimen, telh menutup pintu rezeki mereka...
Oh! TIDAK!! Ubat dan suplimen adalah dua berbeza yang saling melengkapi.
Bagai bulan dengan bintang,
Bagai bunga dengan tangkai
Bagai lagu dan irama...
Jom kita tengok,
Bagaimana ubat dan suplimen berfungsi?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bayangkan,
Anda menakung penuh air di dalam sebuah bekas. Terdedah kepada cuaca panas dan sejuk, bekas mula merosak, merekah dan bocor. Air semakin berkurangan. Jika anda tidak segera berusaha membaik pulih bekas itu, air akan kering.
Setelah berusaha, bekas itu sudah tidak bocor lagi, tetapi air telah berkurangan.
-------------------
Air adalah kesihatan, usaha menampung bekas adalah ubat.
Jadi, dimanakah fungsi suplimen?
Suplimen diperlukan bagi memastikan bekas ini penuh dengan air semula.
♥ jika hanya mengisi semula air(suplimen), tanpa membaiki(ubat), air(kesihatan) tetap tidak akan penuh.
♥ jika hanya membaiki bekas(ubat), tanpa mengisi semula air(suplimen), air(kesihatan) tidak kembali ke jumlah yang asal.
----------------------
Meskipun bekas(tubuh) itu kuat, tetapi air(kesihatan) tetap akan menyusut kerana cuaca yang bersilih ganti.
Apa jua cara, kita masih perlukan suplimen samada dengan cara tradisional, mahupun moden

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...