SELAMAT DATANG

Friday, October 18, 2013

Ekzema dan Asma

S; Saya mempunyai anak lelaki yang berusia 11 bulan dan dia penghidap ekzema.  Beberapa minggu yang lalu dia mengalami demam, batuk dan selsema.  Namun saya mendapati anak saya kerap batuk pada 5tengah malam dan awal pagi sesudah bangun daripada tidur.  Apabila dibawa ke klinik, doktor mengesyorkan saya memberi untuk pesakit asma.  Adakah anak saya BERPOTENSI mendapat ASMA?
# Khadijah Ismail, Subang Jaya
J; Anak puan memang berpotensi mengalami asma.  Ini kerana ekzema adalah sebahagian daripada ciri alahan.  Terdapat tiga jenis penyakit yang boleh disebabkan alahan iaitu ekzema, allergic rhinitis (resdung) dan asma.  Adakalanya kanak-kanak boleh mendapat ketiga-tiga penyakit tersebut.
Simpton kerap batuk di tengah malam dan awal pagi adalah salah satu daripadactanda-tanda tersebut.  Walau bagaimana pun, anak puan masih kecil dan dia baru mengalami demam, batuk dan selsema.  Apa yang terjadi ialah, kadang-kadang berlaku tindak balas alahan yang lebih dan menyebabkan batuk berterusan.  Keadaan ini dipanggil hyperactive airway disease yang disebabkan oleh jangkitan virus.  Ia bukanlah berkekalan tetapi rawatannya  juga seperti merawat kanak-kanak asma.
☆ Dr. Nor Mahani Harun
     Pakar Perunding Pediatrik,
     KPJ Kajang Specialist Hospital

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...