SELAMAT DATANG

Monday, December 22, 2014

3 NUTRISI PENTING SEBELUM HAMIL

1. ASID FOLIK
Apabila anda merancang untuk hamil, anda PERLU pastikan diet anda mengandungi asid folik yang mencukupi.

# Kenapa?
Kerana ia adalah keperluan untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah merah semasa hamil.  Apabila kurang pengambilan asid folik, kajian mendapati wujud masalah yang dikenali sebagai neural tube defects iaitu kecacatan otan dan saraf tunjang (spina bifida).

Kecacatan akibat kekurangan asid folic
Malah, ia boleh mengganggu pembentikan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau otak bayi.  Bakal ibu digalakkan untuk mengambil asid folik 3 bulan sebelum hamil.


Buah oren, sayur bayam, asparagus dan jagung mempunyai kandungan tinggi asid folik yang berguna mengelakkan kecacatan pada pertumbuhan awal bayi dalam kandungan.
Jika sukar untuk mendapatkan asid folik yang cukup dari diet seharian, anda boleh mengambil suplimen asid folik.

2. ZINK
Menurut kajian, zink memainkan peranan penting dalam pembentukan janin bagi ibu hamil. Zink berperanan dalam proses kematangan sel serta dalam pertumbuhan awal kehidupan janin serta perkembangan saraf dan kecerdasan mereka pada masa akan datang.
Zink dapat diperoleh daripada daging, ikan, kerang, susu, produk gandum serta kekacang.
3. VITAMIN C
Demi bakal bayi yang sihat, kesihatan mestilah tip top! Vitamin C mampu menguatkan sistem imun anda. Dengan cuaca sekarang, anda mungkin terdedah kepada penyakit berjangkit seperti batuk dan selsema. 
Makanan yang tinggi Vitamin C ialah buah kiwi, brokoli dan strawberi.  Amalkan pengambilan sumber ini setiap hari, seminggu sekali pastinya tidak mencukupi.  Jika tidak mampu memenuhi keperluan Vitamin C melalui diet harian, anda boleh mengambil suplimen Vitamin C!

Wednesday, December 10, 2014

Simptom-simptom Kekurangan Vitamin C

1. Kuku Mudah Patah

Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan kekurangan zat besi, zink dan asid lemak pati atau essential. Sebaik-baiknya, cuba ambil lebih banyak makanan daripada sumber daripada daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh jika kuku sering patah. Biasanya ia disebabkan kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan membiarkan keadaan ini berterusan kerana ia menunjukkan keadaan bahawa anda terkena penyakit tiroid

2. Mata Terasa Kering

Sering kita terasa mata pedih atau kering. Sebenarnya, keadaaan ini disebabkan oleh persekitaran kita dan air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Atasi keadaan ini dengan mengambil vitamin A dan asid lemak pati. Ambil lebih banyak sayuran atau buah-buahan yang berwarna hijau, kuning atau oren.

3. Pecah-pecah Di Bahagian Hujung Mulut

Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat menyebabkan pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya anda mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran berwarna hijau.

4. Bibir Pecah-Pecah

Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu, ia disebabkan kerana kekurangan vitamin B2. Sebaik-baiknya ambil banyak daging dan produk susu.

5. Kulit Merah dan Berminyak

Kemungkinan, anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati. Cuba ambil lebih banyak daging ikan dan kerang.

6. Jerawat

Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak produk haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.

7. Rambut Nipis

Kekurangan zat besi atau zink boleh menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.

8. Kelemumur

Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kotoran. Selain itu, kekurangan vitamin C, zink dan asid lemak essential juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah-buahan seperti limau/ oren, daging, ikan dan produk susu.

9. Mata Merah

Mata yang merah sering dianggap mata yang letih atau akibat debu atau habuk yang masuk ke dalam mata. Namun, mata yang merah juga menandakan bahawa anda kekurangan vitamin A dan B2. Sebaik-baiknya ambil produk susu, daging, buah atau sayuran berwarna oren dan hijau.

10. Luka Lambat Sembuh

Kemungkinan, anda kekurangan zink. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan bersumberkan susu dan kerang untuk mengatasi masalah ini.

Sumber: Mingguan Wanita | Mac 2010

KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH?

Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:

Kulit lebih lembut dan halus;
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

Melancarkan peredaran darah;
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

Meningkatkan kesuburan;
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

Mengurangkan risiko darah tinggi;
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

Mengurangkan tekanan serta tenang;
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

Meningkatkan sel darah putih;
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.
Selamat mencuba & selamat beramal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...