SELAMAT DATANG

Sunday, June 29, 2014

♥ MENU ISTIMEWA RAMADHAN ♥

  Assalamualaikum, Ramadhan Kareem..
Selamat berpuasa untuk semua..

Bila masuk puasa, ibu hamil dan ibu menyusu kebiasaannya agak rungsing, macam mana la nak produce susu, boleh ker, cukup ker..?

itulah persoalan yang bermain di minda saya masa baby berusia3bulan ari tu..masa tu memang nekad nak fully susu ibu..

Seorang biras bagi petua, rendam kurma kurma dalam susu selama setengah jam, kemudian, habiskan susu n kurma. Tak kisah susu apa pun, dia buat susu pekat manis tu haa...

Apa sahaja petua yang saya dengar, saya buat..mula buat sebelum puasa, memang rasa kenyang..

Masa tu, anak sulong berusia 17 bulan, anak ke 2 baru 3bulan, boleh bayangkan macam mana terkejar2nya saya, sahur dan berbuka tak tau ke mana, bangun masak nasi dan panaskan lauk, kejutkan suami, dengan baby sekali terjaga, bila terjaga memang nak melekat jer la...

Sebenarnya bukan waktu sahur jer, waktu buka pun mcm tu, time orang azan tu la dia merap, tak nak bagi dia merap, nangis, kena melekat jer la...buka ngan buah2 mcm tu jer, baby dh lali2, bangun solat jap, sambung balik, dengan saya sekali terlena, isyak dan terawih pagi esok, masa masak sahur tu..

Rasanya semua ibu mengalami pengalaman yang sama jika anak rapat, kan..?

oleh kerana waktu sahur terhad, saya tak sempat nak ambik nasi, saya tambah oat dlm susu tu,
HASILNYA, susu yang melimpah, bukan overclaim yea, ni pengalaman saya...hihi

 Kat sekolah memang saya pam susu untuk stok, waktu asar, jika masih tak ambik baby dari rumah pengasuh, susu akan keluar sampai lencun,

Sebab 2 anak masih kecil, saya terpaksa gilirkan waktu ambil mereka, sama2 membesar dan sama2 menagih perhatian, kalo hari ini kakak balik awal, esok giliran adik yang balik awal, pengasuh yang berbeza..kalo ambil serentak, kakak la akan terabai..kesian dia...terpaksa la saya buat jadual macam tu...


Kakak berusia 15bulan ketika menerima kehadiran adik
  Ok, hari ini, setelah mereka membesar, saya nak kurus plak,jadi saya aplikasikan semula cara bersahur yang lama dulu, kalo untuk ibu menyusu pun boleh tahan, apa lagi ibu tak menyusu, ye tak?


Masukkan 5 biji kurma bersama 3 sudu oat

Masukkan air panas, kacau2 sikit


Haa, nak bagi cepat sejuk, saya rendam dalam air..
Kenapa saya tak campurkan air sejuk dalam air tu?
SEBAB, abah saya kata, kalo campurkan air panas dengan air sejukkan, nak suh dia suam or cepat sejuk, nanti kencing tak lawas..
tak tau la sejauh mana kebenarannya, tapi saya tak nak la benda tu berlaku...
 
   
 Bila air dh suam2, masukkan cinch shake, skang baru ambik cinch shake, masa beranak kecik dulu, guna susu jer, tak kenal lagi Shaklee ni...

Shake, shake, shake dan shake
 
  Habiskan kurma ni yea, kalo rasa x boleh nak makan kurma separa kembang, boleh blend dulu kurma, kemudian campurkan ke dalam oat tadi..
 
 Akhir sekali, saya ambil Perfomance drink, ala2 minuman isotonik, mengelakkan dehidrasi, skang kan fenomena el nino, cuaca kering panas.

Alhamdulillah, 1st day puasa saya, penuh dengan tenaga..


Siti Faridah binti Muda
013 949 3257

Thursday, June 26, 2014

KOLESTROL?!

Jom minum petang...

bubur kacang jer buat sendiri, yg lain beli..
kebetulan ada kawan datang, tu yg jd beraneka..
segan plak nk hidang bubur kacang sahaja..hihi
bagi yang jaga diet, makanan ni agak menakutkan..
banyaknya kolestrol,
santan yang dipanaskan, pisang goreng, tapai goreng, cokodok pisang, cek mek molek...
waahhh..seramnya..!!
tapi, saya tak takut,

sebab dh ada PHYTOCOL,
telan 2bj phytocol, n nikmati hidangan tanpa risau lagi...♥♥

Wednesday, June 25, 2014

Assalamualaikum..
selamat bersiaran, 

oleh kerana puasa semakin dekat, cuaca plak panas terik, ramai yang sudah mula membayangkan 'kering tekak' sepanjang berpuasa.

Tahun lepas, saya mula mengamalkan minuman ini ketika bulan puasa. Bulan lain pun ambik jugak, namun pada bulan puasa, bekalan minuman orang naik basikal ni tak pernah putus. Mak mentua saya pun suka minum ni..

Apa kaitan atlet dan puasa?
Hihi, kan atlet banyak mengeluarkan peluh, badan depa cepat kering, orang puasa plak tak minum air, badan pun jadi kering jugak..kering sebab tak cukup air..

sebab tu la minuman sinonim ngan puasa..puasa lagi..kiki

macam skang, fenomena elnino, cuaca panas, badan berpeluh memanjang, pun sesuai ambik ni, sebab dia tolong mengekalkan bendalir dalam badan..mengekalkan tenaga, walaupun badan dh kekurangan air.

Meh berkenalan sikit dengan minuman ni...



Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance® mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance® Shaklee dapat:
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Farid dahlia
013 949 3257
Souq On Line 

Sunday, June 15, 2014

PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN YANG SIHAT

Kuliah puasa dr sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)

Tajuk 'Ramadhan Pesta Makanan.....Jom Ubah ke Pesta Ibadah'

-Zaman kegemilangan Islam, puasa adlh kemuncak kekuatan. Bln Ramadhan adlh pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dn berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat
- Kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adlh pesta makanan
-Ramadhan adlh bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adlh kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hypotalamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotalamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akn tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotalamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
-makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......

4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lbh lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawikh solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 mlm utk kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 3 kali ganda

9. Selepas itu bangun pukul 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. tak ade masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan 1 / 4. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hingga 5 pagi. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adalah 1/18 dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa makan malam, jangan campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam

11. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotalamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrok, sapawi, mariami

Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih dari  8 jam

Sebelum sampai Ramadhan, berazam utk berlatih untuk tingkatkan ibadah dengan latihan pra Ramadhan

Saturday, June 14, 2014

Cara Betul LUPUSkan Ubat

Tidak pasti apa yang perlu dilakukan dengan ubat-ubatan yang telah LUPUT TARIKH?

Laporan Environmental Science & Technology mendedahkan cara terbaik untuk melupuskan ubat-ubatan sebagaimana yang dicadangkan oleh Pentadbiran Ubat dan Dadah (FDA) ialah;

1. Campurkan ubat dengan serbuk kopi

2. Masukkan campuran ke dalam beg plastik yang ditutup kemas

3. Buangkan bersama dengan buangan domestik yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...