SELAMAT DATANG

Saturday, July 6, 2013

HFMD Tiada Ubat Khusus Untuk Rawatan

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) biasa menjangkiti kanak-kanak terutamanya di bawah usia 7 tahun.  Sama dengan demam virus yang lain, ia tidak berbahaya terutama yang tinggal di pusat jagaan dan tadika.
Biasanya, penyakit ini disebabkan jangkitan 2 virus, iaitu ;
✔ Virus Coxsackie A
✔ Enterovirus 71
Kuman ini merebak antara satu individu lain melalui air liur, pernafasan atau najis yang tercemar dengan virus ini.  Cara ia merebak juga ia hampir sama dengan virus demam selsema biasa.

Virus ini boleh berada dalam badan sehingga tujuh hari sebelum simpton keluar.  Biasanya ia bermula dengan demam panas untuk 3 hari pertama.  --> Selera makan berkurangan, sakit badan dan sendi.  --> Bayi atau kanak-kanak yang dijangkiti akan menjadi kurang aktif.  --> Muntah dan cirit birit adalah simpton yang merisaukan.
Lazimnya, selepas 3 hari, ruam akan keluar pada tapak tangan, tapak kaki atau sekeliling mulut.  

Ruam ini berbeza kerana ia berbentuk bulat dan kulit seakan melepuh terkena air atau benda panas.  Selain keluar di tapak tangan, ruam ini juga boleh merebak pada lengan hingga ke siku dan dari tapak kaki hingga ke paras lutut.  Ulser pada mulut juga akan keluar dan banyak pada masa yang sama.  Ruam ini biasanya tidak kelihatan pada perut dan juga dada.

Masalah utama yang perlu diberi perhatian ialah dehidrasi.  Ini kerana bayi atau kanak-kanak tidak mahu makan atau minum disebabkan oleh ulser dalam mulut.  Ia semakin kronik jika kanak-kanak mengalami muntah dan cirit-birit.  Pilihan yang ada pada ibu ialah dengan memberi ubat titis dalam mulut supaya sakit ketika menyusu, minum atau makan boleh dikurangkan.

Selain itu, jika kanak-kanak boleh menggunakan sudu atau cawan untuk minum, cara ini lebih baik daripada menghisap botol.  Picagari juga adalah antara kaedah lain untuk memberikan susu kepada bayi anda.

Jika bayi atau knak-kanak tidak mahu menyusu, minum atau makan dalam masa yang sengalami muntah dan cirit-birit, maka pesakit itu perlu dimasukkan ke wad untuk diberi rawatan cecair intravena.  Ini penting untuk mengurangkan risiko kematian atau dehidrasi. Tiada rawatan khas atau antivirus khusus untuk jngkitan ini. 

Virus ini secara terus tidak boleh menyebabkan kematian.  Tetapi komplikasi daripada jangkitan ini menyebabkan pesakit akan mengalami kematian.  Antara komplikasi yang jarang berlaku ialah -->>  jangkitan selaput otak dan jangkitan otak.

Biasanya pesakit akan sembuh secara semulajadi.  Virus ini mengjangkiti bayi atau kanak-kanak dalam tempoh 5 hingga 7 hari.  Selepas itu, ruam dan juga ulser akan hilng dan beransur pulih sepenuhnya.

---@@---
Dr. Hanafiah Bashirun
Pegawai Perubatan
Hospital Columbia Asia

---@@---


Bagaimana MEALSHAKE boleh membantu?

➀ Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk bina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
➁ Kaya dengan Protein yang membantu menyihatkan sel-sel.
➂ Mengandungi Vitamin A, C, E, Zink, selenium sebagai anti-oksidan.
➃ Mengandungi lengkap Vitamin B-Complex, zat besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat.
➄ Kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada kolon dan perut.
➅ Minuman perisa multivitamin perasa Vanilla yang lengkap, tanpa pewarna dan gula tiruan.
➆ Lengkap dengan 24 jenis Vitamin dan Mineral." 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...