SELAMAT DATANG

Thursday, October 15, 2015

KETAHUI 8 masalah kesihatan yang boleh diatasi dengan JUS!




Mengamalkan jus sebagai langkah mencegah dan mengawal penyakit merupakan langkah yang bijak.  Ketahui gabungan buah dan sayuran yang betul membantu anda untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik.

Mari kita lihat gabungannya jus yang boleh dicuba!

JERAWAT
  • Oren bersama mangga
  • Limau gedang bersama lobak merah
  • Tomato bersama lobak merah, epal, tembikai susu dan timun

KANSER
  • Oren bersama pear
  • Kiwi bersama betik dan pear

DIABETES
  • Epal bersama strawberi
  • Pear bersama plum
Minum setiap hari untuk kekal sihat dan menurunkan kandungan gula dalam darah.

TEKANAN DARAH TINGGI
  • Epal bersama timun dan saderi
  • Jambu batu bersama saderi dan buah naga

OBESITI
  • Oren bersama lemon dan saderi
  • Oren bersama mangga dan pear

SAKIT MATA
  • Oren bersama epal dan lobak merah

KESUBURAN
  • Jambu batu bersama saderi dan buah naga
  • Anggur bersama avocado, susu dan madu
  • Anggur bersama lobak merah
KOLESTROL TINGGI
  • Avokado bersama nenas dan susu.  Kemudian kisar bijirin penuh seperti oat ke dalam jus bagi meningkatkan pengambilan serat beta glucan
Sumber : iSIHAT


Pengedar Shaklee Dungun 
013 949 3257
 fb Farid Dahlia 

sila 'Suka' halaman macam2 ada

Wednesday, October 14, 2015

Apam mekar gebus gebas

Haacum!!
Alamak! Bersin suda..dah bersawang blog ni ha..
Punya lama tak jenguk...
Kena start bersih dan kemas2 lagi sekali nih..

Hmm..Belanja resepi apam mudah, tapi SANGAT SEDAP..
Suami dan anak2 suka sangat..esok kena buat lagi ni..

Bahan A:
3biji Telor
1sk Ovalatte
1 1/2 cawan Gula
1sk Esen Vanila

Bahan B:
1cwan Air F&N icecream soda

Bahan C(satukan):
3 cawan Gandum
1sk Baking Powder
Cara-caranya:
1. Pukul telur, gula(saya guna 1 suku cawan jer) dan ovalatte sehingga kembang.
2. Masukkan aiskrim soda, pukul lagi.
3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum. Nak masukkan sedebuk pun boleh, tapi nanti berdebu, comot..
Pukul jer sehingga putih dengan kelajuan maksimum.
4. Bahagikan kepada beberapa bekas, mengikut bilangan warna yang dikehendaki. Saya ada 3 pembantu, jadi, kena buat 3 warna..hehe..
5. Masukkan ke dalam plastik yang berbentuk kon, atau batter dispenser atau apa2 yang mudah bagi anda, ada yang guna sudu jer..masukkan setengah jer, nanti apam akan naik tinggi..aturan warna, sesuka hati..

6. Kukus selama 13 minit, kalo guna acuan besar, kalo acuan comel macam polka dot tu, 7 minit dah cukup.







Tak dan sejuk, dah habis anak2 angkut..
Siap ada penghargaan, 

"Terima kasih ummi! Kuih ni paling sedap ummi buat, esok kita lagi, boleh..?"
Ok lah anak2..esok kita buat lagi..ummi suka buat apa yang anak2 suka makan..hihi


sila 'Suka' halaman macam2 ada
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...