1. SAKIT BETIS BAWA MAUT
Kelahiran bayi adalah saat yang menggembirakan. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir wanita mengalami masalah selepas bersalin. Antaranya ialah sakit di bahagian betis.
Masalah ini dikatakan berlaku disebabkan oleh darah beku yang tersumbat dalam saluran darah. Darah beku ini pula boleh bergerak ke saluran darah di paru-paru sehingga boleh mengakibatkan sesak nafas dan kematian ibu.
2. RENGAT SELEPAS BERSALIN
Masalah rengat ini berlaku disebabkan proses pengecutan rahim yang berlaku dengan kuat. Rahim yang mengecut menghalang aliran darah dari rahim dan seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah.
Kesakitan ini juga boleh berlaku apabila anda menyusukan bayi. Biasanya darah yang keluar ketika mengalami rengat ini berketul-ketul dan besar.
Bagaimanapun, jika sakit ini tidak mampu dikawal dan berlarutan, anda dinasihatkan berjumpa doktor.
3. PANDUAN SELEPAS EPISIOTOMI
Sekiranya anda mengalami koyakan ketika bersalin, anda akan mengalami sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan berlarutan sehingga dua hingga tiga minggu selepas bersalin terutamanya semasa anda duduk atau berjalan. Koyakan yang panjang mungkin akan mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya.
Antara tip untuk memastikan luka koyakan cepat sembuh ialah letakkan pad sejuk atau kapas berais di sekitar tempat luka, pastikan tempat luka kering dan bersih dengan mencuci faraj dua ke 3 jam sekali dan biarkan kering daripada darah nifas. Anda juga boleh menggunakan pengering rambut jika mahu.
4. JANGAN DENGAR MITOS
Sembelit kerap terjadi ungkin kerana anda takut luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar. Untuk mengelakkan najis menjadi keras, amalkan memakan sayuran dan makanan berserat tinggi semasa pantang dan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong sehari.
Jangan dengar mitos orang tua berkenaan amalan minum air hanya segelas sehari mahupun tentang sayur sejuk atau panas dan lain-lain. Dehidrasi akibat kekurangan air lantaran terlalu berpantang menyebabkn luka anda lambat sembuh. Sekiranya anda masih lagi sembelit selepas mencuba tip yang diberikan, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan laksatif yang sesuai semasa berpantang.
Shaklee turut menawarkan julap lembut yang mesra ibu dan bayi iaitu Herb-Lax.
Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus.*
Herb-LaxTM bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini.
5. BENTAN
Jika dirujuk kepada pakar perubatan, bentan tidak pernah disebut dalam mana-mana jurnal perubatan. Namun, untuk makluman, ia adalah situasi yang berlaku kepada wanita selepas bersalin akibat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim saluran atau pundi kencing. Ia berpunca dari sikap sambil lewa atau tidak prihatin anda terhadap tahap kesihatan dan kebersihan diri sehingga berisiko tinggi untuk memdapat jangkitan kuman.
Anda seharusnya minum lebih bnayak air, jaga kebersihan, lebih kerap menukar tuala wanita atau melakukan rawatan seger pada jahitan yang terbuka pada tempat peranakan untuk mengelakkan jangkitan kuman. Penjagaan lebih rapi di bahagian peranakan amat penting, termasuk untuk mengelakkan jahitan terbuka dan jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan kuman mudah berjangkit.