B Complex terkenal dengan bau yang kurang menyenangkan,
Menyebabkan sesetengah ibu hamil yang comel culas untuk mengambilnya.
Sedangkan, amatlah penting kepada ibu hamil yang comel memastikan pengambilan B Complex dalam dos secukupnya ketika trimester pertama.
Kajian menunjukkan, kecacatan kepada janin boleh berlaku jika asid folic tidak mencukupi.
B Complex wajar diambil 3 bulan sebelum hamil dan 3 bulan pertama kehamilan.
Namun, ibu hamil yang comel digalakkan untuk meneruskan pengambilan B Complex sehingga selepas kelahiran.
Okay, sedikit tips bagi ibu comel yang 'bercinta' nak telan B Complex, yang tak tahan bau hingga ke petang (saya ler tu), ambik pagi, sendawa lunch n dinner pun masih bau B Complex..memang tak selesa!
Ketika menghadiri rawatan rutin, jururawat mencadangkan supaya ambil B Complex bersama jus. Memang menjadi.
Penuh la stok kt rumah, twister la, F&N la n lain2 lagi..kalo kehabisan stok, saya bancuh sunquick jer..
Oleh kerana mengandung kali ini, badan saya agak berat, saya takut untuk mengambil jus. Takut terkena diabetes semasa kehamilan.
Kadar penyerapan gula dari jus buah ke dalam darah adalah lebih cepat berbanding mengambil potongan buah.
Jadi, apa yang saya lakukan ialah, mengunyah buah-buahan sebaik sahaja menelan 3 beradik di atas, Vita Lea, B Complex dan Vit C.
Dan hasilnya, berkesan. Tiada lagi sendawa bau B Complex.
Cubalah!!